Wednesday, 12 September 2012

Prakata



PRAKATA

Pada masa kini,penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam kehidupan kita kian meluas. Justeru itu,kita mestilah peka terhadap perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi ini.Terdapat banyak faedah yang kita perolehi dengan menguasai kemahiran ICT ini. Antaranya ialah kita dapat menambahkan lagi kemahiran diri kita.Kita dapat menambah satu lagi kelebihan diri kita dengan menguasai kemahiran diri kita.
Selain itu, ia juga membolehkan kita mendapatkan pekerjaan dengan mudah,kerana di zaman sekarang banyak pekerjaan yang menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi ini.Penggunaan komputer dan internet adalah satu kemestian dalam industri pekerjaan di negara ini
Antara faedah lain yang kita perolehi dengan menguasai kemahiran ICT ini ialah kita dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang sesuatu yang berlaku di dunia ini.Kita dapat mengetahuinya dengan melayari internet dan laman web. Teknologi maklumat dan komunikasi ini juga dapat membantu kita membayar bil-bil bulanan kita di rumah sahaja dengan melayari internet.
Disamping itu, kita dapat mempercepatkan kerja kita dari sebelumnya.Kita juga boleh membuka kedai untuk membaiki alat-alat teknologi maklumat jika kita mempunyai kemahiran.Kita juga boleh membuka pusat komputer dengan menyediakan khidmat mengajar cara-cara penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi kepada orang ramai.Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi adalah sangat meluas pada masa ini.Kita perlu bijak menggunakan dengan sebaiknya. Apabila rakyat maju dan bersatu-padu,negara juga turut maju. Jika kita  menguasai kemahiran ICT,kita dapat meningkatkan kemajuan negara sekaligus bersaing dengan negara luar.

Selain itu,penguasaan kemahiran ICT juga dapat mempermudah kita berhubung dengan orang lain. Telefon bimbit,internet dan televisyen merupakan alat perhubungan yang canggih dan berguna. Perkara ini memberi kesenangan kepada kita untuk berkomunakasi dari jarak jauh. Internet pula membolehkan kita melayari laman web untuk mencari sesuatu pengetahuan dan berbalas emel walaupun berada di tempat yang jauh. Penciptaan komputer riba pula memudahkan pergerakan kita apabila mudah dibawa ke mana-mana. Melalui televisyen pula, kita boleh menonton rancangan-rancangan yang menarik. Kesemua alat komunikasi tersebut telah dicipta oleh manusia yang menguasai kemahiran ICT.
Justeru,gunalah internet dengan bijak dengan berpandukan etika penggunaan yang berteraskan pemikiran yang fitrah.

No comments:

Post a Comment