Tuesday, 11 September 2012

Refleksi BMM 3105



                                                         REFLEKSI.

Alhamdulillah,kami memanjatkan sepenuh kesyukuran dan pujian ke hadrat Allah S.W.T Tuhan semesta alam kerana dengan limpahan rahmat dan kurnia-Nya dapatlah tugasan ini disiapkan jayanya dan berjalan dengan lancar. Selawat dan  salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. serta para sahabat dan para ulama yang mengikuti jejak langkahnya demi menegakkan syiar Islam. Segala kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan berkat dan  rahmatNya, tugasan yang dipertanggungjawabkan ini dapat dilaksanakan sebaiknya demi memantapkan perkembangan ilmu pengetahuan dalam bidang ICT atau TMK.

Saya telah diberi tanggungjawab untuk menghasilkan satu tugasan yang melibatkan pengunaan komputer serta kemahiran ICT sebagaimana yang telah dipelajari semasa kursus. Saya diminta menyediakan folder bahan bantu mengajar menggunakan bahan audio, video, grafik, teks,serta penggunaan animasi.

Sebenarnya agak sukar juga bagi saya menggabungkan semua kemahiran ICT ke dalam satu Rancangan Pengajaran Harian.Oleh itu,saya menyediakan Rancangan Pengajaran Harian yang mana terdapat semua kemahiran yang dikehendaki. RPH ini pernah dicuba dahulu di dalamkelas.Ianya sesuai untuk murid yang mahir komputer dan berminat meneroka. melalui BBM seperti ini, Bimbingan guru amat minimum kerana murid sendiri tahu menjalankan aktiviti mengikut arahan dan langkah tertera secara interaktif.
Di kesempatan yang terbatas ini, ingin saya rakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada DR HUSSIN B SARIF selaku pensyarah pembimbing saya yang telah memberi bimbingan dan pandangan, panduan dan pendedahan sehinggalah dapat menyiapkan tugasan ini mengikut keperluan dalam jangka waktu yang telah ditetapkan. Saya akui keterbatasan waktu menyebabkan kami kurang berpeluang untuk mendapatkan bimbingan mendalam namun begitu boleh dikatakan cukuplah bagi kami.
Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan di atas segala bantuan, bahan-bahan dan tunjuk ajar kepada kami untuk menyiapkan tugasan ini terutamanya Cikgu Hamidon Bin Mokmin yang banyak meluangkan masa memberi tunjuk ajar kepada saya semenjak sebelum kursus PPG lagi.Beliau yang tidak lokek berkongsi ilmu pengetahuan membuatkan saya amat menghargainya.Mudah-mudahan ikatan persahabatan tetap utuh dan abadi.

Wassalam.
ABU BAKAR BIN JAAFAR
K/P        :   660102-01-6307
H/P        :   013-7201042
e-mail         :   abubakar737@gmail.com
blogspot     :  bakarjafa.blokspot.com
blogger       : Abu Bakar Jaafar

No comments:

Post a Comment