Tuesday, 11 December 2012

Simpulan Bahasa



Simpulan Bahasa dan
Maksudnya
ada angin-- berkelakuan luar biasa pada sesuatu ketika
ada hati --mempunyai keinginan yang melebihi kemampuan untuk melakukan atau memiliki sesuatu
air muka-- rupa atau wajah seseorang
ajak-ajak ayam-- tidak bersungguh-sungguh semasa mempelawa seseorang
ada bakat --mempunyai tokoh atau perwatakan
alas perut --makanan yang dimakan untuk sementara waktu sebelum memakan makanan yang mengenyangkan
anak angkat-- anak orang lain yang dipelihara sebagai anak sendiri
anak bapa --anak yang disayangi oleh bapa
anak buah --orang yang di bawah jagaan seorang ketua atau anak saudara
anak emas --anak yang disayangi oleh ibu bapa atau ketuanya
angkat kaki-- meninggalkan sesuatu tempat kerana sesuatu sebab
atas angin-- negara-negara di sebelah barat
atas pagar-- tidak menyebelahi mana-mana pihak
ayam tambatan-- orang yang menjadi harapan dalam sesuatu pertandingan
bahasa pasar --bahasa Malaysia yang tidak betul tatabahasanya
banyak mulut --orang yang banyak bercakap
batu api --orang yang suka menghasut
batu loncatan --sesuatu yang dijadikan alat untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati
bau-bau bacang --tali persaudaraan yang jauh
bawah angin --negara-negara di sebelah timur
bekas tangan-- hasil kerja tangan seseorang
beralih akal --berubah fikiran atau pendapat
beralih angin-- pergi ke sesuatu tempat untuk berehat
berat hati --enggan; malas
berat mulut --pendiam atau tidak suka bercakap banyak
berat tulang-- orang yang malas bekerja
berat sebelah-- tidak berlaku adil berbelah bagi sukar untuk membuat keputusan
berhati batu-- degil dan sukar menerima nasihat
berhutang budi-- patut membalas kebaikan seseorang dengan kebaikan juga
bermuka dua-- tidak jujur
bertikam lidah-- bertengkar; berdebat
besar hati --bergembira atau berbangga akan sesuatu
besar kepala-- degil; sukar menerima pandangan orang lain
buah hati-- orang yang dikasihi atau dipuja
buah mulut-- sesuatu yang menjadi perbualan orang ramai
buah tangan --hadiah yang dibawa ketika melawat seseorang
bulat hati-- bersungguh-sungguh ketika membuat sesuatu; sudah nekad
buruk siku-- mengambil balik sesuatu yang telah diberikan kepada orang lain
buta hati --tidak dapat menerima pengajaran; zalim; kejam
cahaya mata-- anak
cakar ayam --tulisan yang buruk
campur tangan --turut serta atau mencampuri urusan orang lain
cari jalan-- berusaha atau berikhtiar melakukan sesuatu
c epat tangan-- suka mencuri
dalam tangan-- sudah pasti akan diperoleh
darah daging --anak kandung
durian runtuh-- keuntungan yang diperoleh dengan tidak disangka-sangka
gaji buta --mendapat gaji tanpa perlu bersusah payah atau bekerja bersungguh-sungguh
gelap mata --hilang pertimbangan kerana terpengaruh oleh wang atau harta
harga diri --maruah atau kehormatan seseorang
harga mati-- harga tetap yang tidak dapat ditawar lagi
hati batu --degil atau keras hati
hidung tinggi --sombong atau tinggi diri
hilang akal--tidak tahu apa-apa yang perlu dibuat; hilang pertimbangan diri
ikat perut --menahan lapar kerana berjimat
iri hati --menyimpan perasaan dengki atau cemburu isi hati perasaan dalam hati
jalan buntu-- tidak ada jalan penyelesaian
kacang hantu --orang yang jahat dan suka mengganggu orang lain
kaki ayam-- tidak berkasut atau berselipar
kaki bangku --tidak berkebolehan bermain bola
kaki botol --suka minum minuman keras
kecil hati --berasa tersinggung atau merajuk
kepala angin-- perangai yang tidak menentu
kepala batu --degil dan tidak mendengar nasihat
kera sumbang --orang yang tidak suka bergaul dengan orang lain
khabar angin --berita yang belum tentu benarnya
langkah kanan-- bernasib baik langkah seribu cepat-cepat lari kerana ketakutan
lidah bercabang --kata-kata yang tidak dapat dipercayai
lipas kudung --cepat membuat kerja
lintah darat --mengambil keuntungan berlebihan atas pinjaman yang diberikan
makan angin-- bersiar-siar untuk berehat
makan suap --menerima rasuah
malu-malu kucing-- berpura-Aura malu di hadapan orang
mandi peluh bekerja kuat
mati katak-- mati dengan sia-sia
membabi buta --melakukan sesuatu tanpa berfikir
membawa diri--tahu menjaga diri
membuka jalan --memberi laluan kepada orang lain
membuka tembelang --menceritakan keburukan seseorang kepada orang lain
memeras otak --terlalu kuat berfikir atau belajar
menarik diri --tidak turut serta; meletak jawatan
mencari jalan --berusaha untuk melakukan sesuatu
mencuci mata --gembira memperhatikan sesuatu yang indah
mencuit hati-- lucu; menggelikan hati
mengabui mata --cuba memperdaya; menipu
mengadu domba--memperlagakan seseorang untuk memecah belahkan persahabatan dan sebagainya
mengambil angin-- bersiar-siar untuk berehat
mengambil berat-- memberi sepenuh perhatian
mengambil hati--dapat memikat atau mempengaruhi
mengasah bakat --latihan untuk mengembangkan bakat
muka tembok --tidak berasa malu
mulut murai --kuat bercakap atau berbuat bising
mulut tempayan --tidak dapat menyimpan rahsia
murah hati-- suka bederma; tidak kedekut
naik angin --terlalu marah
nyawa-nyawa ikan --hampir-hampir mati
orang atasan --orang yang berpangkat tinggi
otak cair --pintar atau bijak
otak kering-- kurang siuman
otak udang-- bebal atau bodoh
paku belanda-- barangan yang tetap harganya
panas hati --meradang atau mara
panjang tangan-- suka mencuri
pasang telinga --mendengar dengan teliti
pekak badak --kurang jelas pendengarannya; tidak dapat mendengar bunyi yang kuat pembasuh mulut-- makanan atau minuman yang dihidangkan selepas makan nasi
perang mulut-- pertengkaran
pilih kasih --memberi layanan yang lebih kepada orang yang disukai
pisau cukur-- perempuan yang suka menghabiskan harta benda lelaki
puteri lilin --tidak tahan terkena panas matahari
putih hati-- ikhlas; jujur
putih mata --mengalami kekecewaan
rabun ayam-- penglihatan yang kurang jelas
rambang mata --sukar membuat pilihan
ringan tangan-- suka membuat kerja: menolong orang
sampai hati --tergamak melakukan sesuatu kerja
serkap jarang --membuat tuduhan secara agak-agak atau tanpa usul periksa
tangan terbuka-- menyambut sesuatu dengan senang hati
tangkai jering --orang yang kedekut
tawar hati --tidak mempunyai minat lagi
tebal muka --tidak tahu malu
telinga kuali --tahan hati menerima kemarahan
telinga lintah --tajam pendengaran
telinga nipis-- cepat marah atau meradang
terang hati-- mudah memahami sesuatu
tidur-tidur ayam-- tidur yang tidak nyenyak
tin kosong-- bercakap besar tanpa ilmu
titik peluh-- hasil usaha yang bersungguh-sungguh

No comments:

Post a Comment