Wednesday, 19 December 2012

Daya Tahun 6



1. apa itu daya
-suatu tolakan atau tarikan
-tolakan (tindakan menjauhkan objek)
-tarikan (tindakan mendekatkan objek)

contoh
-bermain layang2 (tarikan)
-menarik joran (tarikan)
-permainan gelongsor
-berkayak

ciri2 daya
-tdk dpt dilihat tp dpt dirasa
-kesan daya boleh dilihat
-angin tdk dpt dilihat tp boleh dirasa meniup muka & rambut kita...



2. Kesan daya
-objek pegun bergerak bila dikenakan tolakan

-menghentikan pergerakan objek bila dikenakan daya pd arah bertentangan
-mengubah kelajuan pergerakan objek (daya bertentangan akan memperlahankan objek... daya pd arah yg sama menambah kelajuan pergerakan objek)
-mengubah arah pergerakan objek (bila daya dr tepi)
-mengubah bentuk & saiz objek (spt picit belon, buat kuih karipap)


3. Kesan daya geseran...


3. Geseran
berlaku bila 2 permukaan bersentuhan
-spt tayar dgn jlnraya
-menggerakkan duit syiling atas meja
-bila memegang gelas

daya yg menentang pergerakan

permukaan berlainan mempunyai daya geseran berlainan
-permukaan lebih halus lebih sedikit geseran
-lebih kasar lebih besar geseran
-mudah membuka tutup botol dgn tangan kering (geseran tinggi)
-dgn tangan basah, susah membuka penutup botol (geseran rendah)
-mudah menarik objek atas permukaan halus

kesan daya geseran
-objek bergerak semakin perlahan dan kemudian berhenti
-hasilkan haba (spt menggosokkan kedua belah tangan)
-objek berat sukar bergerak (sb lebih berat lebih besar geseran)
-objek haus & koyak (getah pemadam semakin kecil, tapak kasut semakin halus)
-dpt elak drpd tergelincir



4. Mengurang & meningkatkan daya geseran

mengurangkan...
-guna pelincir (spt minyak, gris, bebola, rod penggolek, kusyen udara, bedak, lilin)
-permukaan bersentuhan saling menggelongsor dgn mudah

meningkatkan...
-guna permukaan kering
-permukaan kasar
-lapik anti-gelincir dlm bilik mandi
-corak tapak kasut yg kasar

selmt memandu pd jalan kering drpd basah

hipotesis
-objek bergerak lebih jauh pd permukaan yg lebih licin sebelum berhenti
-objek bergerak lebih dekat pd permukaan yg lebih kasar sebelum berhenti



5. Kelebihan & keburukan daya geseran
kelebihan
-membolehkan kita berjalan & berlari
-kekalkan objek yg pegun
-mudah pegang botol dgn tagan kering
-kucing guna kuku utk tingkatkan geseran
keburukan
-tayar botak/haus mudah tergelincir
-enjin hasilkan haba & mgkin rosak
Gerhana Bulan, Gerhana Matahari
Gerhana terdiri daripada dua, iaitu gerhana Bulan, dan gerhana Matahari. Kedua-dua ini berlaku apabila Bumi, Bulan dan Matahari betul-betul berada pada satu garisan yang lurus.  Yang membezakan antara dua jenis gerhana ini ialah, apakah yang berada di tengah-tengah? Apakah yang membentuk bayang-bayang gergasi? Apa pula yang terlindung?
Kita sedia maklum, Matahari adalah sumber cahaya utama di alam semesta ini terutama Sistem Suria kita.
Kita pergi satu demi satu.
Gerhana Bulan berlaku apabila Bulan – Bumi – Matahari, tersusun sebegitu pada garis lurus.
Manakala, gerhana Matahari berlaku apabila Bumi – Bulan- Matahari, tersusun sebegitu pada garis lurus. Lihat rajah di atas.
Apabila kejadian atau situasi di atas berlaku, cahaya Matahari akan dihalang oleh objek yang amat besar. Gerhana Bulan dihalang daripada menerima cahaya Matahari kerana bayang-bayang Bumi.
                                                             
Jangan terkeliru dengan fasa bulan! Fasa bulan berlaku dalam tempoh 28 hari, di mana bula berputar mengelilingi Matahari dalam tempoh tersebut. Sedangkan gerhana Bulan hanya berlaku pada ketika bulan purnama (full moon) kira-kira 13-17 hb hijrah… Di mana perubahan bentuk Bulan hanya berlaku pada malam yang sama.
Gerhana Matahari pula berlaku apabila sebahagian atau keseluruhan Matahari dilindung oleh objek yang besar iaitu Bulan.
Bayang-bayang Bulan yang besar menutup bahagian kecil Bumi menjadikan sekitarnya menjadi gelap-gelita – seperti malam, dan berlaku pada masa yang singkat sahaja.
                 

                        
Sekiranya kita berada dalam situasi gerhana Matahari, kita tidak boleh melihat Matahari secara langsung. Ini kerana cahaya Matahari yang sangat tajam boleh merosakkan titik fokus dalam mata yang boleh menyebabkan buta.
Jadi, gunakanlah alat bantu yang sesuai, seperti negatif filem hitam yang ditindih kira-kira 3 keping, atau melalui besen berisi air, atau cermin mata khas seperti gambar di atas (bukan cermin mata 3D yang diberi pinjam di pawagam! Itu tidak boleh!).
Salah satu kejadian unik yang berlaku semasa gerhana Matahari penuh ialah fenomena gerhana cincin.
Ini terjadi kerana bahagian Bulan yang berkawah tidak menutupi selengkapnya bahagian Matahari. Oleh sebab itu, bahagian tertentu itu melimpahkan cahaya Matahari seperti batu cincin yang berkilau.
                     
Gerhana Matahari penuh.



No comments:

Post a Comment