Saturday, 8 October 2016

Kajian Tindakan

PROGRAM PENGGALAKAN MENYIAPKAN LATIHAN BAHASA MELAYU UNTUK MURID-MURID KELAS TIGA BIJAK DENGAN KAEDAH INTENSIF ‛TOKENCOP’ ABU BAKAR BIN JAAFAR
Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian Bahasa Melayu Pendidikan Rendah 
 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, KM 7.5 JALAN KLUANG, BATU PAHAT, JOHOR. MEI 2015 

1.0                   PENDAHULUAN

1.1                   Pengenalan

Perkataan ‘sekolah’ sering dikaitkan dengan pendidikan kerana sekolah merupakan sebuah istitusi atau organisasi formal yang bukan sekadar untuk menyebarkan ilmu pengetahuan, menyemai budaya bangsa dan memupuk bakat, tetapi juga untuk membentuk satu rupa bangsa yang boleh menerima perubahan dan pembaharuan. Keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan salah satu elemen penting dalam merealisasikan matlamat pendidikan. Namun, keadaan ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dicapai.

Berdasarkan pengalaman bertugas di beberapa buah sekolah, saya dapati bahawa kawalan kelas merupakan masalah utama yang sering saya hadapi. Terdapat beberapa masalah tingkah laku murid yang perlu saya uruskan setiap hari. Antaranya ialah murid tidak mendengar arahan, tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberi, berbual dengan kawan dan membuat bising sewaktu pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Keadaan ini menyebabkan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas tidak berjalan dengan lancar dan dari segi pengurusan masa juga turut terjejas.

Selain daripada itu, bilik darjah merupakan tempat yang paling penting dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana murid banyak menghabiskan masa di dalam bilik darjah untuk menimba ilmu. Secara rasmi, bilik darjah boleh ditakrifkan sebagai sebuah bilik di mana sekumpulan murid diajar oleh seorang guru. Manakala menurut Akta Pendidikan, murid atau pelajar merupakan seseorang yang menerima pendidikan atau latihan. Sebaliknya guru membawa maksud seseorang yang mengajar murid-murid, menyediakan bahan pelajaran dan menandakan skrip jawapan di sesebuah sekolah. Pengurusan bilik darjah antara perkara yang penting bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara. Kemahiran guru dalam memanipulasi suasana bilik darjah akan menjadikan ia relevan dan menarik untuk keperluan murid.

Pengurusan bilik darjah merupakan salah satu elemen yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana ia dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk terus berjaya dalam pelajaran. Menurut Lemlech (1988), beliau mengatakan pengurusan bilik darjah sebagai orkestra dalam bilik darjah yang memerlukan pembentukan kurikulum, penyelenggaraan prosedur dan sumber pengajaran. Manakala menurut Marzano (2003) menyatakan tindakan guru dalam bilik darjah mempunyai impak dua kali ganda dalam pencapaian pelajar berbanding dengan polisi sekolah berkenaan kurikulum, penilaian, kerjasama di antara guru dan masyarakat.


Masalah utama yang dihadapi di dalam bilik darjah semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran ialah masalah displin. Masalah disiplin selalu berlaku sama ada di dalam sekolah atau dalam bilik darjah. Semua ini kerana murid-murid terdiri daripada pelbagai latar belakang, mempunyai sahsiah, intelek, jasmani, rohani dan sosio ekonomi yang berbeza. Seperti yang kita sedia maklum, apabila tingkah laku bermasalah atau masalah disiplin berlaku dalam bilik darjah, proses pengajaran dan pembelajaran akan terjejas.

Tahun Tiga Bijak Sekolah Kebangsaan Parit Sulong 2015 merupakan kelas yang dipilih untuk dijadikan contoh kelas yang sentiasa bermotivasi semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Kajian ini juga dilaksanakan mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan ke atas kelas tersebut. Kelas ini mempunyai 31 orang murid yang terdiri daripada 17 orang murid lelaki dan 14 orang murid perempuan. Kesemua murid berbangsa Melayu. Ia merupakan murid-murid yang telah dipilih mengikut keputusan peperiksaan akhir tahun 2014.

Senario yang berlaku dalam kelas ini menunjukkan bahawa masalah disiplin murid-murid yang menyebabkan pelajaran mereka terganggu. Contohnya cara                murid-murid memberi salam kepada guru telah menunjukkan nada yang tidak menghormati. Apabila saya memulakan pengajaran, murid-murid masih bercakap dan merayau-rayau dalam kelas terutamanya murid-murid kumpulan B dan C.

            Terdapat tiga orang murid yang mempersendakan guru apabila ditegur. Juga terdapat ‘kumpulan’ dalam kalangan mereka kurangnya semangat bekerjasama dalam kelas serta ditambah dengan tiga orang murid yang pendiam dan mengasingkan diri daripada rakan-rakan.

Selain daripada itu, terdapat lapan orang murid tidak membawa buku teks dan buku latihan bahasa Melayu ke sekolah. Manakala enam orang murid telah dikesan tidak menyiapkan latihan bahasa Inggeris yang diberi dan tidak menghantar kerja rumah    mata pelajaran Sains yang disuruh oleh guru mereka.

            Sewaktu aktiviti berkumpulan dijalankan, kelihatan  beberapa orang murid yang duduk diam dan tidak melibatkan diri dalam aktiviti kumpulan. Murid-murid ini menunjukkan sikap cuba mengasingkan diri. Setelah saya melihat keadaan ini berlaku, saya cuba untuk mendapatkan maklum balas daripada mereka. Melalui maklum balas yang diperoleh, didapati mereka ini sebenarnya malu dan berasa kurang senang untuk bekerjasama dengan rakan mereka. Pada ketika itu, saya telah memberikan kata-kata galakan kepada mereka agar cuba untuk melibatkan diri. Secara keseluruhannya, PdP hari itu berjalan dengan agak lancar.


Kelas ini terdiri daripada murid-murid yang berprestasi sederhana. Tinjauan awal yang dilakukan menerusi kaedah tinjauan tingkah laku murid dan semakan buku latihan, mendapati murid-murid tidak begitu serius dalam menyiapkan latihan yang diberikan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran perancangan tindakan difokuskan untuk meningkatkan motivasi murid-murid agar menyiapkan latihan yang diberikan pada masa yang sepatutnya dan terus menghantar untuk dinilai.

Justeru, kaedah intensif ‘TOKENCOP’ akan diperkenalkan dan sekaligus diguna pakai selama seminggu. Kajian ini semestinya dapat memberi sumbangan dalam mencari suatu kaedah penyelesaian dalam bentuk strategi pengurusan bilik darjah yang berkesan agar murid-murid mengikuti arahan guru sebagaimana yang dikehendaki.

Kajian ini bertujuan meninjau keberkesanan kaedah intensif ‘TOKENCOP’ sebagai penyelesaian kepada masalah kegagalan murid-murid yang sederhana  menyiapkan latihan subjek bahasa Melayu di dalam kelas mengikut masa yang telah ditetapkan.

            Seramai enam orang murid dari kelas Tiga Bijak Sekolah Kebangsaan Parit Sulong, Batu Pahat dan seorang guru telah terlibat di dalam kajian ini. Sekiranya saya tidak membetulkan keadaan ini, saya pasti murid-murid dalam kelas ini tidak akan mengubah tingkah laku negatif yang ada pada mereka sekarang. Lama-kelamaan masalah akan menjadi lebih serius dan seterusnya mengundang pelbagai masalah sosial kepada diri, keluarga, sekolah, masyarakat dan juga tanah air kita. Bak kata pepatah “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”.

1.2                   Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

           Saya merupakan guru bahasa Melayu Tahun Tiga Bijak. Kelas ini adalah kelas kedua di dalam tahun tiga manakala murid-muridnya adalah dalam kategori sederhana. Sepanjang tempoh saya menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran, saya kerap kali terasa diperdaya atas kegagalan murid-murid untuk menyiapkan latihan yang diberikan dalam jangka masa yang ditetapkan.

Walaupun latihan yang diberikan tidak banyak, mereka kelihatan tidak begitu serius serta kurang fokus dalam menyiapkannya. Saya melihat murid-murid saya semacam memerlukan sesuatu motivasi atau disebut sebagai ‘habuan’ yang akan mengubah struktur kehidupan mereka di alam persekolahan ini. Memandangkan ia telah berlarutan sejak sekian lama, saya perlu memikirkan strategi yang berkesan agar masalah ini dapat diselesaikan.


Hal ini dapat dibuktikan melalui pemerhatian tingkah laku murid-murid yang kerap bermain-main sesama mereka walaupun beberapa kali diarahkan secara lisan agar menumpukan perhatian dan menyiapkan latihan yang diberikan. Apabila semakan buku latihan dibuat, terdapat pelbagai kesalahan yang dilakukan seperti tidak melengkapkan latihan, cuai dalam menulis jawapan serta tidak mengikut format penulisan yang sepatutnya. Lebih parah lagi segelintir murid-murid tersebut tidak menyiapkan tugasan yang diberikan. Situasi seperti ini boleh mempengaruhi rakan-rakan mereka yang lain yang ingin belajar.

            Sebelum ini, saya telah menggunakan kaedah peringatan secara lisan serta dendaan bagi menyelesaikan masalah ini namun tidak berkesan. Setelah melakukan sedikit kajian terhadap faktor sikap dan perkembangan fisiologi pada peringkat umur kanak-kanak tujuh hingga sepuluh tahun saya berpendapat pendekatan yang digunakan sebelum ini tidak sesuai kerana ia cenderung memberikan impak negatif serta potensi mewujudkan rintangan dalam diri mereka. Maka sebagai penyelesaian saya telah memilih kaedah yang lebih lembut dan ‘halus’, sesuai dengan tahap penerimaan emosi dan mental murid-murid ini.




1.3                   Refleksi Nilai Pendidikan.

           Saranan Kementerian Pelajaran Malaysia, 1981. “Disiplin adalah satu aspek kehidupan yang mesti wujud dalam masyarakat. Oleh itu ia hendaklah mendapat perhatian berat daripada semua pihak sama ada di sekolah atau di luar sekolah”. Kini, masalah disiplin merupakan satu isu yang menjadi topik hangat sama ada diperkatakan secara lisan atau dibincangkan melalui pelbagai saluran media sama ada bercetak mahupun elektronik.

           Pelbagai jenis salah laku dilakukan oleh murid, dari jenis yang ringan sehinggalah kesalahan-kesalahan yang berat. Sekiranya hal ini tidak dibendung dengan segera, dikhuatiri ia akan menjejaskan minat dan fokus murid-murid yang bermotivasi untuk belajar dan seterusnya secara tidak langsung akan memusnahkan inspirasi sekolah dan negara dalam membangunkan generasi yang terbilang.

           Saya sebenarnya percaya bahawa setiap murid, seharusnya diberi peluang yang  sama dan adil untuk merasai pembelajaran secara serius bagi membolehkan mereka menguasai ilmu pengetahuan. Nilai ini telah saya cuba realisasikan tetapi saya telah tersilap dalam mentafsir pembelajaran secara serius. Apa yang saya lakukan ialah pengajaran aktif yang lebih berorientasikan guru dan bukan pembelajaran aktif yang berpusatkan murid.
Justeru, nilai pendidikan yang menjadi pegangan saya itu telah tidak diimplementasikan dengan betul. Ketika saya mengajar, sebenarnya murid tidak aktif tetapi menjadi pendengar yang pasif.

          Walaupun mereka merujuk kepada gambar-gambar di dalam buku teks, mereka hanya melakukan setelah arahan diberikan kepada mereka. Maknanya mereka hanya akan melakukan sesuatu setelah menerima arahan dan bukan kerana mereka benar-benar serius atas kesedaran dan motivasi kendiri. Bagaimana kalau saya lupa atau tidak memberi arahan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan?

          Oleh itu, untuk menjadikan murid lebih bermotivasi, saya perlu melibatkan penggunaan bahan bantu dan kaedah yang bermotivasi. Seifert (1983), seperti dinyatakan dalam Sun, (2007) menyatakan bahawa pembelajaran merangkumi perubahan tingkah laku akibat daripada pengalaman atau ulangan pengalaman yang dihadapi sebelum ini.

          Melalui definisi ini, dapatlah disimpulkan bahawa pembelajaran mampu mempengaruhi karektor terutamanya bagi golongan kanak-kanak kerana pada peringkat ini corak pemikiran atau perlakuan mereka adalah dipengaruhi oleh faktor persekitaran yang terdapat di sekeliling mereka.

          Berdasarkan pengalaman dari beberapa sekolah yang lepas, saya mendapati bahawa kawalan kelas merupakan masalah utama yang sering saya hadapi.

Maka, beberapa persoalan terlintas di fikiran saya;
i. Adakah cara pengurusan kelas yang saya gunakan tidak sesuai dengan murid-murid?
ii.Apakah yang harus saya lakukan untuk mengatasi masalah pengurusan kelas ini?

Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku murid yang boleh menjejaskan kelicinan atau keberkesanan pengajaran dan pembelajaran khasnya di dalam bilik darjah. Sebelum ini, saya selalu berpegang kepada nilai dan kepercayaan bahawa sekiranya aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang disediakan adalah berpusatkan kepada murid dan menarik, maka kawalan kelas tidak akan menjadi satu masalah kerana apabila murid-murid tertarik dengan pengajaran dan pembelajaran, mereka tidak akan mengundang masalah kepada guru. Namun, pada hakikatnya hasil yang saya peroleh adalah berbeza dengan nilai dan kepercayaan saya.

Masalah kawalan kelas ini wujud disebabkan oleh kurangnya kesedaran          murid-murid tentang pentingnya menjaga kelakuan dan kesan tingkah laku mereka terhadap pengajaran dan pembelajaran yang berlaku seharian.

            Selain itu, saya juga boleh mengesan bahawa terdapat sebahagian daripada       murid-murid saya tidak berminat untuk belajar terutamanya mereka yang lemah. Faktor ini juga menyumbang ke arah tingkah laku negatif yang ditunjukkan mereka dalam kelas. Justeru, kawalan kelas yang lemah dan tidak memuaskan boleh menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran yang dirancang tidak dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan.

2.0                   FOKUS KAJIAN

2.1                   Isu Kajian

           Fokus kajian saya adalah berkaitan dengan pengurusan kelas dari segi modifikasi tingkah laku yang bermasalah dalam kelas.

           Berdasarkan refleksi yang diberikan, kajian ini menjurus kepada mencari kaedah yang berkesan bagi meningkatkan motivasi murid-murid agar menyiapkan latihan yang diberikan di dalam kelas dalam masa yang sepatutnya. Memandangkan kaedah berbentuk arahan lisan serta dendaan tidak memberikan hasil yang diharapkan, maka kaedah yang lebih lembut dan ‘halus’ adalah diperlukan.

            Oleh yang demikian, timbullah idea untuk memperkenalkan program insentif baucar hadiah seperti pensel dengan mengumpulkan cop pada sekeping kad atau singkatannya ‘TOKENCOP’ bagi memotivasikan murid-murid agar mendengar arahan guru untuk menyiapkan latihan yang diberikan pada masa yang sepatutnya. Ia diilhamkan daripada sifat semulajadi dan rasa suka kanak-kanak terhadap pemerolehan ganjaran di atas setiap perkara baik yang dilakukan.

           Pendekatan ini adalah kaedah ‘modifikasi tingkah laku’ yang menggunakan faktor pemberian ganjaran yang bersesuaian oleh guru bagi meningkatkan respon positif       murid-murid dengan harapan akan dapat mengubah tingkah laku mereka ke arah yang lebih baik terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran bahasa Malaysia.

            Modifikasi Tingkah Laku mengikut Kamus Dewan Edisi ke-4 memberi maksud proses (perbuatan atau tindakan) mengubah sedikit sesuatu (keadaan atau sifat) supaya sesuai dengan keperluan. Guru mengubah tingkah laku pelajar dari tingkah laku negatif kepada tingkah laku positif. Contoh jadual tugas harian yang disediakan dapat memupuk sikap tanggung jawab dan mendisiplinkan murid. Secara tidak langsung murid akan melibatkan diri secara aktif mengikut jadual yang telah ditetapkan.

            Kaedah Ganjaran dan Hukuman ini merupakan sebuah kaedah yang diolah dari Teori Pelaziman Operan Skinner. B. F. Skinner (1958) mempercayai bahawa sesuatu tingkah laku itu dipengaruhi oleh faktor peneguhan sama ada ganjaran atau dendaan. Dengan adanya ganjaran dan hukuman yang sesuai, maka tingkah laku positif dapat dikekalkan manakala tingkah laku yang negatif akan diubah. Menurut Skinner, pelaziman operan terdiri daripada empat konsep utama iaitu, peneguhan, denda,  dan pelupusan.

Dendaan atau hukuman adalah satu proses atau tatacara untuk melemahkan atau mengurangkan berulangnya tingkah laku yang tidak diingini. Tegasnya, dendaan adalah kesan negatif yang membawa kepada pengurangan dalam kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut. Ia juga bertujuan untuk menghentikan sesuatu tingkah laku yang tidak diingini.

            Menurut Charles (2008), pada tahun 1960an, ramai guru sekolah rendah mengaplikasikan Teori Operasi Operan dalam kawalan kelas mereka dengan memberi ganjaran kepada murid-murid yang menunjukkan tingkah laku baik dan tidak menghiraukan mereka yang menunjukkan tingkah laku yang tidak diingini.

            Modifikasi tingkah laku juga boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai (Ragbir Kaur a/p Joginder Singh, (2005). Setiap guru mesti ada satu bentuk sistem pengurusan tingkah laku kawalan kelas, pembelajaran yang sihat dan produktif.
            Justeru, kajian saya ini berfokuskan kepada peranan atau tugas semua guru yang boleh dilaksanakan iaitu tugas itu seharusnya tertumpu kepada faktor sekolah yang boleh kita kawal dan ubah seperti mewujudkan budaya dan iklim yang baik dalam sekolah dan bilik darjah.

           Berikut ialah petikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (1988) mengenai perkara ini. “Hari ini sekolah-sekolah menampung murid-murid yang tidak seragam, iaitu dari segi sosial, ekonomi dan nilai budayanya kerana peluang-peluang bagi mendapatkan pelajaran adalah terbuka kepada semua murid. Selain daripada itu, faktor sekolah juga dikatakan sebagai salah satu sebab yang mempengaruhi disiplin murid. Antaranya ialah struktur dan organisasi sekolah, sistem hukuman dan penghargaan kepada murid, suasana nilai dan interaksi dalam sekolah serta budaya sekolah yang lebih berorientasi akademik dan sikap tanggapan serta harapan para guru”.(KPM 1988).

            Oleh yang demikian, disiplin adalah menjadi asas utama dalam menjamin keberkesanan dalam sistem pendidikan di sesebuah sekolah. Di sekolah, disiplin menjadi satu daya kawalan sosial bagi mewujudkan suasana yang aman dan harmoni supaya segala proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan sejajar dengan matlamat negara menjadikan sistem pendidikan di sekolah bertaraf antarabangsa.

2.2                   Tinjauan Literatur Berkaitan dengan Isu Kajian

           Sorotan literatur berasaskan pada andaian bahawa pengetahuan adalah dikumpulkan dan manusia belajar serta memilihnya berdasarkan apa yang telah dilakukan oleh orang terdahulu. Sorotan literatur juga adalah kajian semula dalam mengumpulkan pengetahuan tentang sesuatu persoalan yang merupakan langkah asas pertama dalam proses penyelidikan.

            Sorotan ini memberitahu saya tentang apa yang orang lain hasilkan supaya saya boleh mengambil manfaat daripada hasil usaha orang lain.Telah banyak kajian yang dijalankan oleh pelbagai pihak. Antaranya para guru yang menyambung pelajaran di bawah Program Pensiswazahan Guru (PPG) sama ada secara jarak jauh atau sepenuh masa.

            Antara tinjauan literatur yang dapat dikaitkan dengan kajian tentang ganjaran ialah apa yang dikatakan oleh Bartol & Martin (1994), motivasi juga dikaitkan dengan kuasa yang memberi tenaga kepada gelagat, memberi arah haluan kepada gelagat dan menjadi asas kepada kecenderungan manusia untuk bertekun.


            Manakala Rahil Mahyuddin (2002), berpendapat peneguhan positif meningkatkan berlakunya sesuatu bentuk tingkah laku dengan adanya rangsangan tertentu. Sesuatu peneguhan itu boleh merupakan benda, sosial (seperti pujian) atau token (seperti markah ujian). Apa jua rangsangan yang boleh menambahkan kebarangkalian sesuatu tingkah laku itu akan disifatkan sebagai peneguhan positif.
   
Selain daripada itu, Ormord (2008), mengatakan aktiviti yang menyeronokkan boleh ditingkatkan melalui peneguhan ekstrinsik. Perlakuan akan merosot jika peneguhan itu dihentikan.Peneguhan ekstrinsik akan memberikan kesan jika murid mempunyai tanggapan bahawa peneguhan sebagai mengawal atau memanipulasi, bukan sahaja merangsang penambahbaikan dan kemajuan. Peneguhan ekstrinsik amat berguna jika murid tidak mempunyai keinginan untuk bertingkah laku sedemikian bagi mewujudkan suasana bilik darjah yang teratur dan produktif. Peneguhan ekstrinsik yang berterusan akan meningkatkan kemahiran dan kompetensi murid agar bertambah baik.

Salvin, (2009), menyatakan motivasi dari perspektif behaviorisme amat berkait rapat dengan prinsip di mana tingkah laku yang telah diberikan peneguhan akan berlaku berbanding dengan tingkah laku yang tidak diberikan peneguhan, malahan dendaan.


Ragbir Kaur Joginder Singh (2010), pula menyatakan bahawa terdapat tiga prinsip asas di dalam eksperimen Ivan Pavlov. Prinsip tersebut ialah:
            i.Setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas
           ii.Pembelajaran berlaku akibat kaitan antara rangsangan dan gerak balas
          iii.Pembelajaran yang berlaku akibat perkaitan di antara dua rangsangan
               dinamakan pelaziman.

Menurut Stone (2007), kalau tingkah laku boleh dipelajari maka sudah tentu ia boleh diubah atau diubah suai. Oleh itu, saya juga percaya bahawa tingkah laku negatif yang ada pada murid-murid saya dapat diubah dengan menggunakan Kaedah Ganjaran dan Hukuman yang bakal saya laksanakan.

            Menurut Flander (1970), terdapat dua jenis interaksi dalam bilik darjah iaitu interaksi antara individu seperti percakapan guru, percakapan murid dan interaksi antara  alam sekitar. Percakapan guru terbahagi kepada dua iaitu pengaruh langsung yang meliputi guru memberi syarahan sama ada memberi arahan atau mengkritik. Interaksi ini adalah satu hala dan penglibatan pelajar pada tahap minima.


            Percakapan murid pula terdiri daripada pelbagai hala merangkumi tindak balas dan respon murid di mana mereka mengambil inisiatif sendiri untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Interaksi senyap berlaku apabila terdapat kekeliruan berlaku antara pihak guru dan murid dan juga untuk memerhatikan gangguan komunikasi antara guru dan murid. Cara mewujudkan interaksi yang berkesan dalam bilik darjah ialah mengadakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menggalakkan interaksi dua hala.

            Guru boleh menggunakan strategi pengajaran koperatif dan kolaboratif, dengan memastikan penglibatan murid dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran, menggunakan banyak alat bantuan mengajar yang menarik dan canggih, memberikan ganjaran atau peneguhan yang menarik. Guru perlulah menjadi seorang yang pemurah dan mudah memberikan ganjaran atau peneguhan positif jika murid melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

            Ganjaran yang mudah mungkin berbentuk gula-gula, hadiah seperti pensel, pembaris atau buku nota. Guru menunjukkan gaya kepimpinan yang bercorak demokratik dalam pengurusan dalam bilik darjah di mana terdapat suasana emosi yang sihat serta perhubungan yang rapat antara guru dan murid-murid. Pendekatan yang autokratik yang menyebabkan ada jurang antara guru dan murid tidak digalakkan.

            Selain itu, guru mestilah menjadi pendengar yang baik dan mengelakkan daripada menonjolkan pandangan yang negatif. Sifat peramah dan mengaplikasikan konsep peneguhan positif di dalam bilik darjah akan menggalakkan penonjolan akhlak-akhlak yang mulia yang dapat diteladani oleh murid. Akhir sekali guru perlu memikirkan strategi pengajaran yang kreatif dan inovatif untuk meningkatkan interaksi murid-murid             di dalam bilik darjah.

3.0                   OBJEKTIF KAJIAN/SOALAN KAJIAN

3.1.1                OBJEKTIF UMUM

Pada akhir kajian tindakan ini, murid-murid yang sederhana akan dapat mengubah sikap ke arah yang lebih positif dan fokus sewaktu menyiapkan latihan-latihan subjek bahasa Melayu di dalam jangka masa yang diberikan di dalam kelas hasil daripada program intensif ‘TOKENCOP’.




3.1.2                OBJEKTIF KHUSUS

Pada akhir kajian tindakan ini,
1. Murid-murid  akan  dapat  menyiapkan  latihan yang diberikan dalam masa yang 
    ditetapkan.
2. Murid-murid akan dapat menghantar setiap latihan yang  diberikan oleh guru setelah  
    selesai sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
3. Guru akan dapat mengawal suasana kelas dengan lebih baik semasa sesi pengajaran  
    dan pembelajaran .

Persoalan kajian yang ingin dirungkai adalah :
1.Adakah murid-murid dapat menyiapkan latihan yang diberikan dalam masa   yang  
   ditetapkan?
2.Adakah murid-murid dapat menghantar setiap latihan yang diberikan oleh guru
   setelah selesai sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan?
3.Adakah kaedah ini dapat mengawal suasana kelas dengan lebih baik semasa sesi PdP?

4.0                   KUMPULAN SASARAN

4.1                   Pengenalan

            Sekolah Kebangsaan Parit Sulong atau nama ringkasnya SK Parit Sulong, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di JKR.1750 Jalan Sulong, Parit Sulong, Batu Pahat,Johor. Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Parit Sulong memiliki 402 pelajar lelaki dan 333 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 735 orang. Ia mempunyai seramai 63 orang guru.

4.2                 Ciri-Ciri Responden

            Saya telah mengenal pasti enam peserta kajian yang akan menjadi sampel kajian ini. Peserta kajian terdiri daripada empat orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan yang berbangsa Melayu. Kesemua mereka ini dari Tahun 3 Bijak Sekolah Kebangsaan Parit Sulong Batu Pahat, Johor.

            Dari segi pencapaian akademik, kesemua murid ini adalah dalam kategori sederhana. Mereka juga mempunyai masalah dalam menyiapkan latihan yang diberikan oleh guru mengikut masa yang ditetapkan.
                                                      Borang Pemerhatian
Tarikh
28 Januari 2015
Tempat
Kelas Tahun 3 Bijak
Masa
11.45 – 12.45 Pagi (Bahasa Inggeris)
Nama Guru
Encik Hisham Bin Abd Gaffar
                                                       Pemerhatian
 - Murid-murid tidak memberi salam kepada guru dengan nada yang menghormati
 - Apabila saya memulakan pengajaran, murid-murid masih bercakap dan             
    merayau-rayau  dalam kelas terutamanya murid B dan C.
 - Terdapat tiga orang murid yang mempersendakan guru apabila ditegur.
                  
                       Rajah 1 : Analisis kandungan pemerhatian. (28 Januari 2015).

             Daripada borang pemerhatian pertama (28 Januari 2015) yang saya gubal, boleh dirumuskan bahawa murid-murid dalam kelas Tahun 3 Bijak menghadapi masalah tingkah laku negatif yang serius. Mereka seolah-olah menganggap guru itu tidak wujud dalam kelas, terutamanya murid-murid B dan C. Walaupun teguran diberi, mereka tidak menerimanya dengan hati terbuka, malah mempersendakan niat baik saya.

Terdapat 20% antara mereka tidak menyiapkan dan menghantar kerja rumah yang diberikan. Analisis kandungan digunakan untuk membuat analisis bagi data pemerhatian dan data temu bual. Dari segi pemerhatian, saya telah membuat penganalisisan catatan dalam borang pemerhatian bagi setiap PdP yang telah saya laksanakan.

           Saya meneliti setiap tingkah laku murid, tindak balas mereka, pergerakan, karenah, ekspresi muka dan yang penting sekali perubahan tingkah laku mereka. Bagi data temu bual, saya telah meneliti transkrip perbualan antara saya dengan peserta kajian saya. Rajah 1 menunjukkan salah satu contoh sedutan analisis kandungan pemerhatian.

            Saya juga telah menganalisis pola data yang dikumpul. Pola dalam kajian ini bermaksud corak atau persamaan atau perbezaan yang didapati menerusi pemerhatian, temu bual dan juga soal selidik. Analisis pola ini membantu saya dalam mengetahui sejauh manakah keberkesanaan kaedah ganjaran dan hukuman terhadap tingkah laku murid-murid bermasalah dalam kelas.

            Selain itu, murid-murid kelas ini juga kelihatan mempunyai masalah dari segi pergaulan antara rakan mereka. Pemerhatian pada minggu pertama, didapati mereka hanya mahu bekerjasama dengan kawan baik sahaja. Terdapat 33% murid tidak membawa buku teks atau buku latihan ke sekolah apabila saya membuat pemeriksaan.

            Kesemua responden tinggal berhampiran pekan Parit Sulong. Bapa mereka kebanyakannya bekerja sendiri seperti berkebun, pemandu lori dan peniaga. Selepas waktu persekolahan, mereka banyak menghabiskan waktu dengan membantu ibu bapa di kebun dan berniaga di warung-warung bapa mereka.

            Semua responden dijadikan kumpulan eksperimen. Segala maklumat dapatan murid adalah dirahsiakan untuk menjaga kredibiliti responden. Kesemua dapatan yang diperoleh dianalisis untuk mendapatkan data yang lebih lengkap dan terperinci.

Maklumat tentang responden dapat diringkaskan seperti jadual di bawah :

4.3                   Profil Responden

                  Jadual 1 : Profil Responden


Kekerapan
Peratus (%)
Lelaki
4
67
Perempuan
2
33
Jumlah
6
100

4.4                   Analisis Tinjauan Masalah

         Jadual 2 : Sedutan keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2014


Bil

        Nama Murid
                       Markah
BM1
BM2
BI
MT
AG
1.
Mohamad Saiful Haziq
56
49
75
60
40
2.
Ibni Syafiq Al-Fikri
84
64
80
50
68
3.
Nuraziyan Atiqah
56
64
82
66
68
4.
Aireen Mazlin
60
54
80
75
84
5.
Nur Muhamad  Syahmi
80
49
85
66
66
6
Muhammad Haikal
97
66
63
60
72








                     

           Jadual 2 menunjukkan tahap penguasaan murid-murid berdasarkan instrumen penilaian sekolah yang telah dijalankan pada 20 Oktober 2014. Prestasi responden tersebut berada pada tahap sederhana. Sekurang-kurangnya seramai lima orang murid telah memperolehi satu A dalam lima mata pelajaran yang didudukinya dalam peperiksaan akhir tahun.
           Walau bagaimanapun tiga orang murid telah mendapat dua A dalam mata pelajaran teras. Ini menunjukkan tanda kesungguhan setiap murid. Situasi menunjukkan bahawa responden dapat menumpukan perhatian semasa menjawab kertas soalan yang diberikan semata-mata inginkan pencapaian yang maksima untuk dipilih memasuki kelas terbaik.













5.0                   TINDAKAN YANG DIJALANKAN

           Saya telah membuat persiapan awal dengan merancang tindakan yang akan diambil untuk mencari jalan penyelesaian terbaik bagi menangani sebarang isu berbangkit atau permasalahan  yang telah dikenal pasti. Paling penting pada peringkat ini adalah kerjasama baik antara saya dengan rakan-rakan sekerja bagi mengenal pasti tindakan yang bijak, mantap dan berkesan. Walau bagaimanapun, tindakan ini boleh diubah suai mengikut situasi yang dihadapi.

5.1                   Prosedur tindakan

            Kajian yang saya akan jalankan ini memakan masa selama empat minggu bermula 11 Januari hingga 12 Februari 2015. Saya telah meminta kebenaran daripada pihak sekolah, guru pembimbing dan guru kelas untuk menjalankan penyelidikan tindakan ini. Selain itu, saya juga mendapatkan persetujuan daripada peserta kajian sebelum mereka dilibatkan bersama dalam penyelidikan ini.
            



     TAJUK : PROGRAM PENGGALAKAN MENYIAPKAN LATIHAN BAHASA                                  MELAYU  UNTUK  MURID-MURID KELAS TIGA BIJAK                           DENGAN KAEDAH INTENSIF ‘ TOKENCOP ‘

               TAHUN      
AKTIVITI

                 2014
                                          
                     2015
Aktiviti Penyelidikan
O
S
O
N
D
J
F
M
A
M
1.Taklimat proposal kajian










2.Perjumpaan penyelia dengan pelajar










3. Kenal pasti bidang kajian










4.Kenal pasti objektif dan soalan kajian










5.Menulis pendahuluan










6.Fokus kajian










7.Objektif kajian










8.Sasaran










9.Cara kumpul/ analisis data










10.Pelaksanaan tindakan










11.Menulis                     laporan/bentang kajian











                                                         Rajah 2 : Carta  Gantt
5.1.1                Langkah-Langkah Yang Dijalankan

Terdapat beberapa model yang dapat diaplikasikan dalam pengurusan bilik darjah. Antaranya yang akan dibincangkan ialah Modifikasi Tingkah Laku. Mengikut Kamus Dewan Edisi ke-4 Modifikasi ertinya proses (perbuatan atau tindakan) mengubah sedikit sesuatu (keadaan atau sifat) supaya sesuai dengan keperluan. Guru mengubah tingkah laku pelajar dari tingkah laku negatif kepada tingkah laku positif.

            Pengurusan bilik darjah adalah satu set aktiviti yang menggalakkan lahirnya tingkah laku positif. Contohnya jadual tugas harian yang disediakan dapat memupuk sikap tanggung jawab dan mendisiplinkan murid. Secara tidak langsung murid akan melibatkan diri secara aktif mengikut jadual yang telah ditetapkan.

5.1.2                Peraturan-Peraturan Kelas

            Pada minggu kedua, saya telah memperkenalkan satu set peraturan-peraturan yang ringkas kepada murid-murid dalam kelas. Peraturan-peraturan tersebut saya paparkan dalam bentuk  jadual untuk dilekatkan dalam kelas.


Peraturan-peraturan yang dikenakan adalah seperti berikut :

1.  Murid-murid dilarang membuat bising sewaktu PdP dijalankan.
2.  Murid-murid boleh berbincang dalam kumpulan sewaktu aktiviti berkumpulan  
     tetapi dengan nada suara yang perlahan.
3.  Murid-murid harus bekerjasama dalam kumpulan masing-masing sekiranya aktiviti  
     berkumpulan dijalankan.
4.  Murid-murid harus mematuhi segala arahan yang diberikan oleh guru sewaktu PdP
     dilaksanakan.
5.  Murid-murid dikehendaki menghantar kerja rumah atau kelas yang diberikan pada  
     masa yang telah ditetapkan.

            Selain itu saya menggunakan Model Disiplin Asertif Canter. Model ini menekankan hubungan yang positif antara guru dan murid. Guru menerangkan kehendak dan peraturan yang diingini kepada pelajar. Penerangan ini penting kerana setiap tingkah laku pelajar ada memberi kesan sama ada positif atau negatif. Model ini menekankan bahawa gaya respon seseorang guru boleh bersifat asertif, tidak asertif serta agresif.

            Sifat asertif berlaku apabila guru memberi amaran dan menyatakan hukuman kepada murid jika melakukan sesuatu salah laku. Sifat tidak asertif pula meminta guru untuk memarahi dalam nada tegas dan meminta murid menghentikan perbuatan tersebut dan terakhirnya, bersifat agresif pula berlaku apabila guru bercakap dengan nada yang paling tegas dan hampir melaksanakan hukuman kepada murid. Model ini lebih menunjukkan bahawa guru bersikap authoritarian semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

            Dengan kata lain model ini mengutamakan kepentingan disiplin di dalam bilik darjah. Matlamat utama model ini adalah berlandaskan kepentingan pematuhan pelajar di dalam bilik darjah supaya dapat membentuk satu suasana belajar yang kondusif serta berkesan dalam pembelajaran. Aspek pengurusan bilik darjah perlu dilakukan secara asertif (berkeyakinan dan tegas) dan guru perlu bertindak menjadi guru asertif.

Terdapat beberapa prinsip model yang dilaksanakan dalam model Canter:
              i.Guru perlu memberi peneguhan terhadap tindakan pelajar dengan wajar.
             ii.Guru harus merangka sistem dendaan dan ganjaran yang boleh dijadikan  
                 rujukan murid mengenai tingkah laku yang baik dan buruk.


   Bilik darjah yang dilengkapi dengan kerusi, meja, bahan bantu belajar dan  papan tulis.
                            
                                                             Gambar hiasan

           Bilik darjah yang  mampu menarik minat murid untuk belajar di dalam kelas.
                            
                                                            Gambar hiasan
            Setelah analisis tinjauan masalah dijalankan, saya telah memutuskan untuk melaksanakan program intensif 'TOKENCOP' untuk menangani permasalahan yang dihadapi.

Terdapat 3 langkah utama yang dibuat sepanjang program ini diuji ke atas kumpulan kajian, iaitu;

         Langkah1 : Memperkenalkan konsep dan cara pelaksanaan program intensif
                            ‘TOKENCOP’ kepada murid-murid.
         Langkah2 : Memberi latihan dan menyelia murid-murid untuk memastikan  
                             semuanya disiapkan dalam jangka waktu yang diberikan  dan
                             mengikut arahan yang telah diberikan.
         Langkah3 : Menyemak hasil kerja murid-murid, memberikan cop kepada murid 
                             yang telah melengkapkan latihan seperti yang dikehendaki dan
                             memberikan insentif .

            Selain itu,  terdapat  beberapa elemen Pengurusan Bilik Darjah. Antaranya melalui perancangan, di mana saya akan merujuk sukatan pelajaran bagi menentukan objektif dan hasil pembelajaran. Lanjutan daripada itu, saya dapat menentukan pendekatan, strategi dan kaedah mengajar yang paling sesuai berdasarkan perbezaan gaya pembelajaran murid serta membentuk aktiviti yang sesuai dengan pencapaian murid.

Dalam mengelola aktiviti, saya perlu memastikan kelancaran proses pembelajaran.  Justeru, saya perlu memberi arahan yang jelas kepada murid. Hal ini kerana, arahan yang jelas penting bagi memastikan murid-murid jelas dengan apa yang dikehendaki oleh guru. Jika arahan tidak jelas, murid-murid tidak dapat menyiapkan tugasan seperti yang dikehendaki guru.

            Elemen seterusnya ialah mengawal, iaitu bermaksud saya perlu memantau, memastikan murid-murid selesa, cukup bahan pembelajaran dan melibatkan diri dalam pembelajaran. Lebih penting lagi, dalam mengawal, saya perlu memastikan murid yang memerlukan bimbingan mendapat perhatian yang secukupnya. Sebaliknya, murid yang dapat menguasai konsep pelajaran diberi aktiviti pengayaan.  

Saya juga akan menganalisis dan menilai keberkesanan pendekatan, strategi, kaedah mengajar dan bahan bantu belajar yang digunakan semasa proses pembelajaran dan pengajaran. Sekiranya keberkesanan kurang sesuai atau kurang mantap, saya mestilah bersedia membuat perubahan dan mencuba alternatif  lain. 

Akhir sekali saya akan mengamalkan demokrasi di dalam bilik darjah. Kepentingannya ialah murid berpeluang membuat keputusan dalam pelbagai situasi. Hal ini menjadikan murid lebih rasa dihargai dan diberi perhatian yang cukup. Selain itu, mereka turut merasakan perasaan selamat,  hormat,  yakin dan sayang kepada guru.

   5.1.3             Jadual Cadangan Pelaksanaan Kajian

         Jadual 3: Jadual Cadangan Pelaksanaan Kajian

             
BIL
          
            CADANGAN AKTIVITI
        
         TEMPOH
1.
Mengenal pasti dan mengumpul data awal
          1 minggu
2.
Merancang tindakan – individu
          1 hari
3.
Melaksanakan tindakan – aktiviti
          1 minggu
4.
Mengenal pasti masalah yang timbul dalam aktiviti
       
          1 hari
5.
Melaksanakan tindakan – aktiviti
          1 minggu
6.
Refleksi kajian
          1 hari
7.
Menulis laporan kajian
          1 hari
8.
Pembentangan dapatan kajian
          1 hari
                                    

6.0                   CARA-CARA PENGUMPULAN DATA

            Kaedah pengumpulan data melibatkan beberapa langkah yang perlu dilaksanakan. Untuk mendapatkan maklumat awal mengenai permasalahan yang dikaji, saya telah membuat tinjauan melalui pemerhatian tingkah laku murid-murid, temu bual dan semakan buku latihan.

Langkah-langkah tersebut akan diperjelaskan di bawah.

 i.                     Pemerhatian Tingkah Laku Murid-Murid

           Semasa membuat pemerhatian, saya telah meneliti setiap tingkah laku murid, tindak balas, pergerakan, karenah, ekspresi muka dan yang penting sekali perubahan tingkah laku mereka apabila diberikan latihan untuk diselesaikan di dalam kelas. Rata-rata mereka seperti kurang bermotivasi untuk melakukannya dan terdapat pula yang akhirnya memilih untuk bermain bersama  rakan-rakan yang lain. Bagi yang cuba untuk menyiapkan latihan, masa yang diambil pula terlalu lama walaupun latihan yang diberikan adalah sedikit kuantitinya.

a.                     Pemerhatian Berstruktur

Dalam pemerhatian berstruktur saya telah memerhati, mendengar dan merekodkan maklumat berdasarkan aktiviti-aktiviti yang telah dikenal pasti. Contohnya saya memerhatikan tingkah laku responden semasa guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Dalam hal ini, saya dapati responden tidak memberi tumpuan semasa guru melaksanakan pengajaran. Implikasi daripada situasi tersebut, saya dapat mengenal pasti aspek yang perlu diberi pemerhatian sebagai aspek tumpuan murid semasa pengajaran guru.










Sehubungan itu, pemerhatian berstruktur dilakukan dengan menggunakan senarai semak.  Senarai semak berstruktur dapat dirujuk seperti di bawah.

     
Pemerhatian berdasarkan aspek tingkah laku dan sikap murid semasa pengajaran guru
1.        Berbual-bual tentang hal rumah.
2.        Menconteng-conteng kertas di atas meja.
3.        Termenung jauh semasa guru mengajar.
4.        Suka berjalan-jalan di tempat duduk kawan.
5.        Mengganggu murid lain.
6.        Membuat kerja sekolah yang terbengkalai
7.        Lain-lain

Pemerhatian kepada sekumpulan kecil murid

Murid
    1
   2
   3
    4
  5
   6
   7
  %
Saiful
    //

   //
    /


   /
  86
Syafik
   ///




  ///

  86
Nuraziyan
    /
    //
   //



   /
  86
Airen
    /
    //


    //


  71
Syahmi
   //
   

   //

    /

  71
Haikal
    /


   /
   //


  57
                                             
                                     Rajah 3 : Senarai pemerhatian berstruktur

ii.                     Temu bual

            Melalui temu bual yang dibuat bersama ibu atau bapa dan murid-murid sewaktu Hari Terbuka sekolah, rata-rata mereka memberi maklum balas yang hampir serupa. Murid-murid kurang berminat untuk menyiapkan latihan kerja rumah yang diberikan oleh guru-guru di sekolah. Mereka dikatakan mudah merasa bosan dan cepat hilang tumpuan terutamanya apabila membuat latihan subjek-subjek yang dirasakan sukar seperti bahasa Melayu, Matematik dan bahasa Arab. Hasil daripada temu bual ini juga saya mendapati perlakuan yang serupa berlaku di dalam kelas sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran.

iii.                   Semakan Latihan

            Apabila semakan latihan dibuat, hampir kesemua murid tidak melengkapkan atau menyiapkan latihan, tidak kemas dan bersikap cuai semasa menjawab soalan. Penemuan ini pada pandangan saya adalah dijangka apabila dikaitkan dengan sikap mereka semasa membuat latihan yang diberikan. Ia mungkin terkesan akibat daripada kurang tumpuan semasa menyiapkannya, kurang motivasi serta rasa terbeban dengan latihan-latihan yang diberikan.


Berikut dihuraikan Teknik Menyemak Data
Traingulasi Kaedah

           Traingulasi kaedah merupakan proses penyemakan data di mana ia melibatkan   penggunaan pelbagai kaedah untuk menyelidik fenomena yang sama. Antara kaedah yang saya gunakan adalah seperti pemerhatian dan temu bual . Kesemua kaedah yang digunakan adalah demi mengenal pasti keberkesanan kaedah ganjaran dan hukuman. 
        
                                              Rajah 4 :Traingulasi Kaedah
Traingulasi Masa

            Traingulasi masa merupakan proses pengumpulan data ke atas sesuatu sumber yang dilakukan dalam suatu tempoh masa yang panjang. Sebagai contoh,  pemerhatian dan temu bual saya telah dibahagi kepada tiga iaitu sebelum, semasa dan selepas kajian dijalankan. Pemerhatian dan temu bual awal saya telah dijalankan seminggu sebelum kajian tindakan saya bermula. Manakala pemerhatian kajian pula saya laksanakan  dalam tempoh tiga minggu sewaktu saya menjalankan kajian tindakan. Temu bual bersama dengan guru kelas juga saya jalankan selepas kajian dibuat. 

Traingulasi Penyelidik

            Traingulasi penyelidik pula merupakan satu proses penyemakan data yang melebihi pelbagai pemerhati berbanding dengan pemerhati tunggal untuk menyelidik fenomena yang sama.
    
            Di sini saya telah meminta pertolongan rakan baik saya Cikgu He Siew Pow untuk membantu membuat pemerhatian dalam kelas. Pemerhatian yang dibuat oleh kami berdua sepanjang kajian tindakan ini dijalankan telah dibandingkan bersama dan penginterpretasian dilakukan.
              
Pemerhatian saya

         
Pemerhatian rakan saya

- Apabila saya memulakan pengajaran,  
  murid-murid masih bercakap dan  
  merayau-rayau dalam kelas  
  terutamanya murid B dan C.

-Terdapat  ‘kumpulan’ di kalangan  
  mereka. Kurangnya semangat
  bekerjasama dalam kelas. 

-Terdapat murid yang kelihatan
 pendiam dan mengasingkan diri daripada rakan-rakan.

-Terdapat lebih kurang lima belas
  orang tidak membawa buku teks dan  
  buku latihan Sains ke sekolah.

- Terdapat enam orang murid yang  
  tidak menyiapkan /menghantar kerja  
  rumah yang disuruh.


- Apabila Cikgu He mula mengajar,  
  murid-murid masih lagi berborak dan
  bercakap dengan kawan mereka. 


-Terdapat tiga orang murid yang tidak 
 menerima teguran dari Cikgu He dengan
  baik.

- Semangat bekerjasama dengan rakan
  dalam kelas adalah lemah.


- Ramai murid tidak membawa buku teks  
  dan buku latihan Sains ke sekolah.


- Terdapat agak ramai murid-murid yang
   tidak menyiapkan kerja rumah yang  
   disuruh Cikgu He

                                                  Rajah 5 : Traingulasi Sumber.


7.0                   KEPUTUSAN KAJIAN

   i.                   Analisis Pemerhatian Tingkah Laku Murid-Murid

      Jadual 4: Analisis Pemerhatian Tingkah Laku Murid-Murid

Murid

Menyiapkan
Latihan
Buat Latihan
Sambil
Bermain-Main
Dengan Rakan
Tidak
Menyiapkan
Latihan
Langsung
A
/
x
x
B
x
/
x
C
x
/
x
D
x
x
/
E
x
/
x
F
x
x
/











                                          Petunjuk: ( / ) Ya, ( x ) Tidak

            Sepanjang pemerhatian saya terhadap respon yang ditunjukkan murid-murid,  daripada enam orang murid yang terlibat, hanya seorang sahaja yang benar-benar menyiapkan latihan yang diberikan, tiga orang yang lain pula membuat latihan sambil bermain-main manakala dua orang murid tidak menyiapkan latihan langsung. Walaupun arahan dan amaran secara lisan telah diberi, mereka tetap tidak mengendahkannya.

   ii.                 Analisis Temu bual

              Jadual 5: Analisis Temu bual


Murid


Berminat
Dengan
Latihan
Yang
Diberikan

Mudah
Bosan

Subjek
Yang
Dipelajari
Adalah
Sukar
A
/
x
x
B
x
/
x
C
x
/
x
D
x
x
/
E
x
/
x
F
/
x
x









             
           
                                              Petunjuk: ( / ) Ya, ( x ) Tidak
            Hasil dapatan daripada temu bual bersama ibu bapa dan murid-murid, saya mendapati terdapat tiga punca utama mengapa anak-anak mereka sukar untuk menyiapkan latihan yang diberikan baik di dalam kelas mahu pun di rumah.

Kesemua ibu dan bapa murid-murid di dalam kumpulan kajian memberikan maklum balas yang sama iaitu anak-anak mereka tidak berminat dengan latihan yang diberikan, mudah bosan dan kesukaran mempelajari subjek-subjek tertentu.

            Walau bagaimanapun hanya dua orang murid sahaja yang dimaklumkan berminat dengan latihan yang diberikan.









Selain itu, saya turut menemu bual dua orang guru di sekolah tersebut. Berikut merupakan transkrip temu bual  saya dengan guru Kelas Tahun Tiga Bijak.

Transkrip temu bual saya dengan guru Kelas Tahun Tiga Bijak.

Saya                 : Apakah pandangan cikgu terhadap kaedah ganjaran dan hukuman yang           
                           dilaksanakan?
Guru Kelas      : Bagus, saya melihat murid-murid gemar dengan kaedah yang Cikgu Abu  
                           Bakar gunakan.  Kad “TOKENCOP” yang digunakan dapat menarik          
                           minat  murid terhadap PdP dan sesuai dengan tahap murid-murid tahun  
                           tiga.
Saya                : Apakah perbezaan tingkah laku yang boleh diperhatikan pada                           
                          murid- murid sebelum dan selepas kaedah ganjaran  dan hukuman itu               
                          dilaksanakan?
Guru Kelas     : Sebelum ini, murid-murid kelihatan kurang berdisiplin dalam kelas.
                          Selepas penggunaan ganjaran, lebih senang untuk mengawal kelas. 
                          Malah, apabila saya mengajar,  mereka selalu tanya saya, “ Bilakah ada
                          kelas Cikgu Abu Bakar lagi?”
Saya                : Bolehkah cikgu memberikan cadangan penambahbaikan ke atas kaedah
                          ganjaran dan hukuman tersebut?
Guru Kelas     : Cikgu boleh mencuba dengan kaedah yang berbeza lain kali.  Contohnya,
                          penggunaan ‘queuing’.

            Merujuk kepada transkrip temu bual tersebut, dapat dirumuskan bahawa kaedah ganjaran dan hukuman ini telah menunjukkan keberkesanannya dalam mengatasi masalah kawalan kelas. Berdasarkan respon daripada guru kelas, murid-murid sebelum ini kelihatan kurang berdisiplin dalam kelas. Selepas kaedah tersebut dilaksanakan, kawalan kelas telah menjadi lebih baik berbanding sebelum ini. Respon yang diberikan oleh guru kelas Tahun 3 Bijak  adalah selaras dengan respon guru Sains.








 iii.                  Analisis Semakan Latihan.

         Jadual 6: Analisis Semakan Latihan


Murid

                                         
Latihan
       1
       2
       3
      4
       5
A
    
     
       /
     
       /
B
    
        /
      
     
       /
C
     
        /
        /
       .
       .
D
       /
        .
        .
       /
       .
E
      /
      
        .
      /
       /
F
      .
        /
        .
       .
       /
     

        Petunjuk: ( ••• ) Siap sepenuhnya, ( / ) Siap sebahagian, ( . ) Tidak menyiapkan kerja


          Berdasarkan jadual 6, didapati bahawa keputusan bagi setiap murid adalah bercampur-campur dengan kesemua mereka melakukan ketiga-tiga perkara yang dinyatakan  di bawah ini.

Terdapat 3 perkara utama yang  dikenal pasti iaitu –

 (1) Siap dengan sempurna,
 (2) Siap sebahagian sahaja dan
 (3) Tidak menyiapkan langsung.









7.1                     PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN

      7.1.1   Langkah 1 : Memperkenalkan Konsep Dan Cara Pelaksanaan Program Intensif  
                                                  'TOKENCOP' Kepada Murid-Murid.
                                            
                         
                              


            Program yang akan dilaksanakan ini pada dasarnya adalah asing bagi                   murid-murid di dalam kumpulan kajian. Oleh yang demikian sesi penerangan secara komprehensif amat diperlukan. Di dalam sesi ini, saya telah memberikan penerangan mengenai konsep program intensif 'TOKENCOP', kaedah pelaksanaan, syarat-syarat dan terma yang perlu dipatuhi, jangka masa program serta insentif yang bakal diperoleh jika mereka berjaya melengkapkannya.

                                            

           Murid-murid semakin teruja apabila saya menunjukkan kepada mereka contoh kad yang akan digunakan untuk mengumpulkan cop kelak. Mereka tertarik dengan kad tersebut kerana selain reka bentuknya yang ringkas dan menarik, terdapat juga nama mereka pada kad itu. Ia secara tidak langsung memberikan rasa 'kepunyaan' dan menaikkan semangat untuk bersama-sama melibatkan diri di dalam program ini.
            Refleksi kepada aktiviti yang dijalankan ialah sesi pengenalan ini telah berjaya mencapai matlamatnya. Pada dasarnya murid-murid yang terlibat telah faham akan keperluan yang perlu dipenuhi bagi melengkapkan program ini. Rasa keterujaan juga telah menjadikan mereka lebih fokus dan tertunggu-tunggu bila program ini akan dilaksanakan sepenuhnya.

7.1.2  Langkah 2 : Memberi Latihan Dan Menyelia Murid-Murid

                    

            Pelaksanaan program di dalam kelas 3 Bijak telah dijalankan selama 5 hari, bermula pada 08/02/2015 dan berakhir pada 12/02/2015. Sebelum aktiviti bermula, murid-murid kumpulan kajian telah diberikan taklimat ringkas ulangan mengenai perkara-perkara yang perlu dipatuhi. Selepas itu, setiap murid diberikan 'TOKENCOP' mereka yang diletakkan di bahagian tepi meja sepanjang aktiviti ini berlangsung.

                                  

            Proses PdP adalah seperti biasa. Saya telah memberikan dua latihan yang perlu disiapkan dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Latihan yang dipilih menjurus kepada bentuk penulisan dengan sedikit bahan bacaan agar pemantauan mudah dibuat. Tahap kesukaran latihan-latihan tersebut juga dipertingkatkan setiap hari.
Semasa murid-murid menyiapkan latihan, saya sentiasa bergerak untuk memantau dan membantu jika murid-murid menghadapi masalah. Saya juga mengingatkan        murid-murid mengenai masa yang diperuntukan akan berakhir.

            Sebagai refleksi, apa yang boleh dikatakan ialah saya berasa amat teruja kerana tidak pernah melihat murid-murid begitu fokus menyiapkan latihan mereka. Mereka juga galak bertanya untuk mempastikan semua jawapan betul agar tidak menggagalkan usaha mereka untuk mengumpul cop sebanyak mungkin. Semangat yang ditunjukkan amat berbeza sekali berbanding dengan sebelum program ini dijalankan. Saya amat berharap agar ia akan berterusan di sepanjang program ini berlangsung.

7.1.3   Langkah 3 : Menyemak Hasil Kerja Murid-Murid Dan Memberikan Cop

            Semasa memantau murid-murid menyiapkan latihan mereka, saya akan bertanya jika ada yang telah siap tugasan. Jika ada, saya akan terus menyemak hasil kerja mereka dan setelah berpuas hati cop akan diberikan pada 'TOKENCOP' yang telah sedia ada di meja mereka. Satu cop adalah terhad untuk satu latihan yang telah diselesaikan.              Selepas tamat sesi, kesemua 'TOKENCOP' dikutip dan digantung di sudut khas yang telah disediakan.

                          

            Pada peringkat ini juga saya mula menyedari bahawa dengan kemampuan diri yang berlainan antara satu dengan yang lain, terdapat juga murid-murid yang tidak dapat menyiapkan latihan mereka pada masa yang diberikan. Ia mungkin berkait dengan tahap kesukaran latihan yang saya berikan. Justeru, saya membenarkan mereka untuk membawa balik dan menyiapkan tugasan di rumah.

          Walaupun tindakan ini agak bercanggah dengan faktor 'tempoh masa' yang telah saya tetapkan pada peringkat awal, namun saya merasakan ia tidak salah dilakukan kerana kegagalan murid-murid menyiapkan kerja rumah yang diberikan turut berlaku di dalam kelas ini. Jadi saya telah bertindak secara serampang dua mata untuk menguji jika program intensif 'TOKENCOP' ini mampu digunakan untuk menanganinya.
                                    

Walaupun tidak mempunyai buku latihan, murid ini telah menyiapkan  di atas kertas. Perkara ini amat menarik kerana ia menunjukkan bagaimana program intensif 'TOKENCOP' ini mampu memberi motivasi kepada murid-murid untuk menyiapkan latihan yang diberi oleh guru walaupun dalam keadaan serba kekurangan.



Syukur Alhamdulillah, saya merasa cukup gembira apabila murid-murid tersebut membawa kembali latihan mereka dalam keadaan siap sepenuhnya. Ini bermaksud mereka sudah mula memberi perhatian dan fokus terhadap kerja rumah dan tidak lagi mengabaikannya seperti yang biasa dilakukan sebelum ini. Tanpa banyak soal, satu cop diberikan kepada mereka di atas usaha yang telah diberikan.

            Sepanjang aktiviti ini berlangsung, program intensif 'TOKENCOP' ini telah memberikan impak positif kepada sikap murid-murid terhadap usaha untuk menyelesaikan latihan yang diberikan oleh guru-guru. Mungkin perubahan sikap yang berlaku adalah disebabkan faktor ganjaran yang diberikan. Sama ada perubahan sikap ini akan kekal jika tiada ganjaran diberikan, ia adalah satu persoalan yang sangat penting untuk dilihat secara serius. Tetapi bagi saya, setiap perkara memerlukan langkah pertama dan 'TOKENCOP' adalah salah satu daripadanya.







        7.2        Perbandingan Pemerhatian Tingkah Laku Murid-Murid Sebelum Dan  
Selepas Tindakan.

  Jadual 7  :  Perbandingan Pemerhatian Tingkah Laku Murid Sebelum Dan Selepas Tindakan.

Sebelum Tindakan
Selepas Tindakan

Murid


Menyiap
kan
Latihan
  
Buat
Latihan
Sambil
Bermain-
Main
Dengan
Rakan
  
Tidak
Menyiap
kan
Latihan
Langsung

Menyiap
kan
latihan
     
Buat
Latihan
Sambil
Bermain-
Main
Dengan
Rakan

Tidak
Menyiap
kan
Latihan
Langsung
  A
     /
        x
      x
    /
          x
      x
  B
     x
        /
      x
    /
          x
      x
  C
     x
        /
      x
    /
          x
      x
  D
     x
        x
      /
    /
          x
      x
  E
     x
        /
      x
    x
          /
      x
  F
     x
        x
      /
    x
          /
      x
Jumlah
     1
        3
     2
    4
          2
      0

                                                    Petunjuk: ( / ) Ya, ( x ) Tidak        
            Jadual 7 menunjukkan terdapat perubahan sikap yang agak ketara selepas tindakan dilakukan. Walaupun tidak mencapai tahap sempurna tetapi bilangan                murid-murid yang berubah ke arah positif semakin bertambah dengan tiada lagi murid-murid yang tidak menyiapkan latihan mereka.

           Memandangkan fokus utama program intensif 'TOKENCOP' ini adalah untuk menggalakkan murid-murid menyiapkan latihan mereka, ia boleh dianggap berjaya kerana kesemua murid di dalam kumpulan kajian telah menyiapkan latihan yang diberikan. Walaupun masih terdapat murid-murid yang bermain, itu tidak menjejaskan hasil kajian ini kerana ia bersifat sampingan.









7.3        Perbandingan Analisis Temu bual Sebelum Dan Selepas Tindakan

       Jadual 8: Perbandingan Analisis Temu bual Sebelum Dan Selepas Tindakan

                 Sebelum Tindakan
            Selepas Tindakan


Murid

Berminat
Dengan
Latihan
Yang
Diberikan
Mudah
Bosan
Subjek
Yang
Dipelajari
Adalah
Sukar
Berminat
Dengan
Latihan
Yang
Diberikan
Mudah
Bosan
Subjek
Yang
Dipelajari
Adalah
Sukar
   A
        /
    x
     x
       /
    x
     x
   B
        x
     /
     x
       /
    x
     x
   C
        x
     /
     x
       /
    x
     x
   D
        x
    x
     /
       /
    x
     x
   E
        x
    /
     x
      x
    x
     /
   F
        /
    x
     x
      x
     /
     x
Jumlah
       2
    3
     1
      4
    1
     1










                

     


Jadual 8 menunjukkan melalui temu bual yang dijalankan, terdapat perubahan sikap beberapa orang murid selepas tindakan dilakukan. Bilangan murid  yang berminat dengan latihan yang diberikan telah meningkat kepada empat orang manakala murid yang mudah berasa bosan menurun kepada  seorang. Walau bagaimanapun bilangan yang merasakan subjek yang dipelajari adalah sukar tidak berubah.
           Secara keseluruhan, hasil temu bual selepas tindakan ini menunjukkan  kesediaan murid-murid untuk membuat latihan telah meningkat walaupun masih wujud perasaan bosan dalam mempelajari subjek ini.

            7.4        Perbandingan Semakan Latihan Sebelum Dan Selepas Tindakan

      Jadual 9: Perbandingan Semakan Latihan Sebelum Dan Selepas Tindakan


Murid


          Latihan ( Sebelum )

           Latihan ( Selepas )

1
2
3
4
5
1
2
3
4
5
   A
...
/
/
...
/
   B
/
/
   C
/
/
.
.
/
/
   D
/
.
.
/
.
/
/
.
   E
/
.
/
/
/
/
/
   F
.
/
.
.
/
.
/
.
/
   
   Petunjuk: ( ••• ) Siap sepenuhnya, ( / ) Siap sebahagian, ( . ) Tidak menyiapkan kerja

            Jadual 9 menunjukkan bilangan latihan yang telah disiapkan oleh murid-murid di sepanjang kajian ini dijalankan. Setiap hari murid-murid diberikan satu latihan yang akan membolehkan mereka mendapat satu cop jika melengkapkan kesemua latihan  tersebut. Jika sebelum ini terdapat antara mereka yang culas dalam menyiapkan latihan, dapatan di penghujung kajian membuktikan terdapat perubahan sikap yang mungkin dipacu oleh motivasi untuk mendapatkan ganjaran yang dijanjikan.

            Persoalan kajian yang ingin dirungkai selama ini telah menunjukkan hasil yang positif dan membanggakan. Responden telah berubah sikap dan rasa tanggungjawab kerana dapat menyiapkan latihan yang diberikan dalam masa yang ditetapkan.               Di samping itu, responden juga dapat menghantar setiap latihan yang diberikan oleh guru setelah selesai sesi pengajaran dan pembelajaran dan akhirnya kaedah ini dapat mengawal disiplin murid dalam kelas semasa PdP dijalankan.







8.0                   RUMUSAN

            Kajian ini mengkaji tentang masalah pengurusan kelas Tahun 3 Bijak di Sekolah Kebangsaan Parit Sulong, Batu Pahat. Untuk mencapai objektif kajian, saya              mengenal pasti atau memilih jenis masalah disiplin murid, punca berlakunya masalah ini dan seterusnya menentukan strategi atau tindakan yang sesuai untuk mengurangkan serta mengatasi masalah tersebut. Hasil kajian ini juga menunjukkan masalah disiplin murid    di sekolah yang dikaji dalam tempoh masa kajian tidaklah begitu membimbangkan.

            Melalui kajian ini, guru-guru di sekolah yang dikaji menjadi lebih arif dan prihatin terhadap kebajikan dan disiplin murid-murid yang diajar. Ini dijangka akan membantu menyelesaikan dan mengurangkan masalah disiplin murid dan seterusnya meningkatkan prestasi akademik murid. Guru haruslah kreatif, inovatif dan bijak membuat keputusan dan seterusnya mengikis faktor sekolah yang menyebabkan masalah disiplin murid.

Oleh sedemikian itu, semua warga sekolah haruslah bekerjasama dan konsisten dalam tindakan-tindakan disiplin ke atas murid agar hasrat ‘sifar salah laku’ disiplin murid khasnya di sekolah yang dikaji akan tercapai.

Pengurusan bilik darjah yang baik tidak akan berlaku tanpa perancangan. Setiap aktiviti pengajaran akan berjalan dengan lancar sekiranya bilik darjah mempunyai aktiviti pembelajaran yang tidak ada gangguan tingkah laku yang tidak menyenangkan.  Jelaslah bahawa pengurusan bilik darjah merupakan tugas penting yang memerlukan pengetahuan, kemahiran, kesabaran dan komitmen yang optimum bagi memperoleh kesan yang maksimum. Harus diingat bahawa guru perlu mendapat maklumat secukupnya tentang bilik darjah dan murid-murid terlebih dahulu sebelum menjejakkan kaki buat pertama kali ke dalam bilik darjah berkenaan.

            Persediaan JERISAH (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek, Sosialisasi, Alam, Hamba-Allah) guru yang lengkap akan membolehkan pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan jaya, ceria dan cemerlang. Kepimpinan bilik darjah yang diamalkan oleh guru bukan sahaja boleh menentukan pencapaian matlamat sebuah bilik darjah malah memberi kesan ke atas semua individu yang ada dalam bilik darjah tersebut.

            Guru harus bertindak termasuk merefleksi diri, cuba melaksanakan pembelajaran secara kolaboratif dan penyelesaian masalah dalam menuju ke arah kepimpinan bilik darjah yang berkesan. Timbul satu persoalan di sini, patutkah kepimpinan bilik darjah ini diperluas dan dikembangkan di kalangan guru untuk menjayakan program pendidikan kita? Ini adalah persoalan yang belum dijawab lagi, yang membuka ruang yang luas kepada setiap individu guru untuk membuat kajian lanjut.

Daripada hasil analisis dapatan data, boleh dirumuskan bahawa kesemua murid setuju dengan kaedah ganjaran yang digunakan oleh guru dalam kelas. Seramai 22 orang murid setuju dengan kenyataan yang mencatatkan ganjaran yang diberikan oleh guru berupaya untuk menarik minat mereka dalam pelajaran. Manakala selebihnya pula amat setuju ganjaran itu telah berupaya untuk menarik minat mereka. Seramai 25 orang murid mengatakan mereka amat suka untuk mengikuti mata pelajaran Sains yang diajar oleh guru mereka.

            Kesemua murid sebulat suara mengatakan mereka semua lebih suka akan ganjaran berbanding dengan guru memarahi mereka apabila melakukan sebarang kesalahan. Di samping itu, mereka juga berpendapat bahawa kaedah ganjaran yang digunakan pakai haruslah diteruskan.

Temu bual yang dijalankan bersama dengan dua orang guru juga menampakkan bahawa responden semakin meminati PdP yang dilaksanakan oleh saya. Secara keseluruhannya, kaedah ganjaran ini telah berjaya menarik minat murid ke atas PdP saya dan juga mata pelajaran Sains. Kaedah ini juga berupaya mendapatkan sokongan daripada murid-murid saya untuk meneruskannya.


Kesimpulannya, saya mendapati program intensif 'TOKENCOP' ini telah berjaya memberi impak terhadap perubahan sikap murid-murid terhadap latihan-latihan yang diberikan oleh guru di dalam kelas. Jika selama ini mereka kerap bersikap sambil lewa, kini mereka lebih fokus. Murid-murid dapat menyiapkan latihan yang diberikan dalam masa yang ditetapkan. Juga, murid-murid dapat menghantar setiap latihan yang  diberikan oleh guru selepas selesai PdP manakala guru dapat mengawal suasana kelas dengan lebih baik semasa sesi pengajaran dan pembelajaran .

            Walaupun segala yang berlaku mungkin disebabkan faktor ganjaran yang diberikan, setidak-tidaknya ia telah menggerakkan murid-murid untuk mematuhi arahan dan menyiapkan latihan di dalam kelas. Saya mengharapkan, di masa hadapan mereka akan sedar tentang kepentingan sebenar pendidikan dan menuntut ilmu yang seharusnya tidak bersandar kepada faedah materialistik sahaja.

            Saya mengakui bahawa program intensif 'TOKENCOP' ini masih terlalu jauh dari sempurna dan terdapat banyak penambahbaikan yang perlu dilakukan. Akan tetapi dengan dapatan yang telah diperoleh, saya dapat melihat langkah penyelesaian terhadap masalah kawalan kelas yang kerap dihadapi sebelum ini.


            Jika kita fahami dan amati, kajian tindakan sebenarnya boleh membantu         guru-guru untuk meningkatkan tahap profesionalisme masing-masing. Pada masa yang sama kajian tindakan membantu guru-guru meningkatkan kemahiran memerhati dan memperbaiki komunikasi antara guru dan murid. Hasil daripada kajian tindakan ini membolehkan guru-guru untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran berdasarkan penemuan daripada kajian tindakan yang dijalankan.

Justeru itu, penglibatan guru dalam kajian tindakan akan memberi impak yang positif kepada mereka sama ada dalam aspek meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran atau meningkatkan diri guru sebagai seorang yang lebih profesional.

            Semoga apa yang telah diusahakan kali ini akan dapat diperkemaskan pada masa hadapan serta disebar luas kepada rakan-rakan warga pendidik yang lain demi kemajuan bidang pendidikan yang kian mencabar.

9.0                   CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA  

            Semasa kajian ini dijalankan, saya telah mendapat maklum balas daripada guru Matematik kelas 3 Bijak yang menurut beliau telah menggunakan 'TOKENCOP'  yang dipamerkan di sudut khas di belakang kelas sebagai medium untuk mendisiplinkan murid-murid. Sehubungan itu beliau akan melaporkan kepada saya kesalahan yang dilakukan oleh murid-murid seperti tidak menghiraukan arahan guru sehingga menyebabkan cop mereka dibatalkan. Kesannya keadaan kelas telah dapat dikawal untuk satu jangka masa.

            Justeru, saya bercadang untuk meneruskan kajian program intensif 'TOKENCOP' ini tetapi merangkumi aspek yang lebih luas iaitu disiplin pelajar di dalam kelas. Saya akan memperkenalkan sistem 'demerit' dan mengintegrasikannya dengan buku rekod kawalan kelas sebagai sumber pelaporan yang ketika ini memang sedang  diguna pakai  di sekolah saya.

Setelah menjalankan kajian tindakan ini, saya berharap di masa hadapan         kajian-kajian lain yang berkaitan dengan kawalan kelas boleh dilaksanakan dengan menggunakan kaedah ganjaran dan hukuman kerana ini adalah kaedah paling mudah dan berkesan untuk mendidik murid-murid berdisiplin.
         
            Sayugia diingatkan bahawa dapatan kajian saya ini tidak boleh diambil kira sebagai mewakili keseluruhan sekolah-sekolah di Malaysia. Justeru, saya mencadangkan kepada pihak-pihak yang akan menjalankan penyelidikan selanjutnya mengenai pengurusan kelas supaya mengatasi beberapa batasan kajian yang terdapat dalam kajiannya seperti menambah bilangan tempat kajian, taburan populasi dan responden yang menyeluruh dan sebagainya.
Walaupun kajian saya ini hanya melibatkan sebahagian daripada murid-murid sederhana Tahun 3 Bijak Sekolah Kebangsaan Parit Sulong, Batu Pahat namun kajian tindakan ini diharap dapat menjadi landasan terbaik kepada para penyelidik muda lain untuk terus menjalankan kajian lanjutan tentang masalah pengurusan kelas tetapi dari perspektif  masalah dan kaedah yang berbeza. Hal ini penting supaya penemuan demi penemuan baharu akan terus diperoleh secara berterusan dalam kalangan pengamal dan pengiat PdP bahasa Melayu.

Juga skor sampel  haruslah diperluaskan lagi dengan melibatkan pandangan ibu bapa, guru-guru mata pelajaran yang terlibat dengan kelas berkenaan, pihak pengurusan sekolah dan pihak berkuasa di Pejabat Pendidikan Daerah, JPN dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Jumlah populasi perlu ditambah supaya skop  kajian akan menjadi lebih luas dan mencabar. Kepelbagaian sampel akan menghasilkan pandangan dan dapatan yang pelbagai dan menarik. Bentuk kajian juga boleh dipelbagaikan dengan tidak hanya terhad kepada kajian bentuk kuantitatif sahaja. Ia juga  boleh dikaji sebagai kajian kes, kajian bentuk kualitatif, kajian bentuk tinjauan atau kajian perbandingan yang merupakan antara bentuk-bentuk kajian yang menarik.         



Kajian yang akan datang juga wajar meninjau aspek pembinaan instrumen sebagai kajian kes yang mencabar kerana penggunaan instrumen pendisiplinan murid-murid yang standard sering kali menimbulkan isu. Kajian berikutnya boleh memberi beberapa saranan ke arah pemurnian instrumen pengurusan kelas ke atas murid-murid agar ia diterima pakai oleh semua pihak.

            Bagi meningkatkan kebolehan guru menguruskan kelas yang berkesan, aspek pengetahuan guru perlu dilihat sebagai teras penting ke arah pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Guru- guru yang terlibat dengan masalah pengurusan kelas wajar diberi pendedahan menerusi pelbagai cara. Melalui bengkel-bengkel, kursus dan wacana pendidikan yang berkonsepkan latihan untuk guru wajar difikirkan malah dilaksanakan oleh pihak tertentu seperti Bahagian Pendidikan Guru atau Jabatan Pendidikan Negeri.

            Kolaborasi antara pihak terbabit untuk menerapkan pengetahuan berkaitan disiplin pengurusan kelas secara bersepadu dan terancang dapat membantu meningkatkan tahap pengetahuan guru berhubung masalah disiplin murid-murid dalam menangani proses pengajaran dan  pembelajaran yang berkesan.
                                            
Akhir sekali,  hasil dapatan daripada kajian ini nanti akan dapat disebar luas dan memberi manfaat kepada lebih ramai warga pendidik yang inginkan 'kelainan' dalam mengurus disiplin murid di kelas mereka. InsyaAllah.
SENARAI  RUJUKAN

Ahmad Zabidi Abdul Razak,  Jurnal Pendidikan 31 ( 2006 ) 3 - 19 3,   Ciri Iklim  Sekolah                        Berkesan   :    Implikasinya  Terhadap  Motivasi   Pembelajaran,     128-                         Masalah  Pendidikan 2005, Universiti Malaya.

Akhiar  Pardi  dan  Shamsina   ( 2011 ).    Pengantar  penyelidikan   tindakan.   Selangor:             Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.

Atkinson. R.      ( 1990 ).      Introduction to Psychology.    New York :     Harcourt Brace            Jovanovich Publishers.                                                                                                                      
Bahagian Pendidikan Guru ( 2009 ). Garis Panduan Amalan Profesional PISMP. Putrajaya: Bahagian Pendidikan Guru. Baharom, N. (2010).

Charles .  (2008). Building Classroom Dicipline, United States: Pearson Education          Inc Eileen Ferrance . ( 2000 ) .     Action Research,   United States: The Education                 Alliance.

Chua, Y. P.  (  2006  ).  Kaedah  dan  statistik  penyelidikan.  Buku 1.  Kaedah            Penyelidikan. Kuala Lumpur: McGraw Hill.

Coombs, B. (2009).   Mengajar Secara Efektif   ( Siti Aishah Mohd Elias, Trans .).            Kuala  Lumpur: Institut Terjemahan Buku Malaysia. (1995) 

Cooze, A . , & Jantan, R. (2012).   100   Panduan  Bagi  Guru  Pelatih.  Kuala      Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia.

Dr. Ragbir Kaur Joginder Singh ( Phd ),  2012  Panduan Ilmu Pendidikan Untuk  DPLI            Pedagogi, Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Flander  ( 1970 ) .  Action Research,  United States :   The Education Alliance

Hasan Mohd.Ali (2009). Anak Kita Memang Pintar Cerdas: Panduan Membina   Potensi             Diri  Anak-Anak.Selangor: PTS Publication

Hashim, S.,  Yaakub, R. &.  Ahmad,  M. Z.  (2007).   Pedagogi :      Strategi  Dan  Teknik            Mengajar Dengan Berkesan. Bentong, Pahang: PTS Publications & Distributors. 

Institut Pendidikan Guru Malaysia (2013)         Info Korporat. Dicapai pada Disember 11,             2013, dari http://www.moe.gov.my/ipgm/v2/index.php?lang=ms

Jantan, A. (2005). Pengetua Sekolah Yang Efektif. Pahang:  PTS Professional.

Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
 
Kathleen M.White, Joseph C . Speisman,  Terjemahan:  Maznah Ismail  ( 1987 ). Remaja. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka .

Kementerian Pelajaran Malaysia: 1981 Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk           Guru                Besar Dan Guru. Kementerian Pendidikan Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia : Dewan Bahasa dan Pustaka 1988 Pekeliling –            Pekeliling Ikhtisas Kementerian  Pendidikan Malaysia 1968 – 2002          Berkaitan  Pengurusan Disiplin Murid Sekolah

Kementerian Pendidikan Malaysia ( 2013 ).    Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.                        Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Khairuddin Mohammad,Ibrahim Yusof & Zaridah Ramli ( 2014 )      Penyelidikan Dalam                        Pendidikan Bahasa Melayu.Selangor :  Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.

Mohd Hasani Dali & Mohamad Johdi Salleh (2009). ‘Pengurusan Bilik Darjah’. Dalam             Noraini  Idis  dan  Shuki  Osman,   Pengajaran  dan Pembalajaran: Teori dan             Praktis. Kuala Lumpur: McGraw Hill. Pps 161 –188. ISBN 978-983-3850-            54-9.

Muhammad  Fathi  Yusof,  Ros  Izanuri  Jamaludin  ( 2013 ).   Anakku  Penyejuk            Mataku.Selangor:Telaga Biru Sdn.Bhd.

Ragbir Kaur A/P Joginder Singh .  (2005).  M Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan            untuk   Kursus Perguruan Lepasan  Ijazah   (KPLI).    Subang Jaya:      Kumpulan                        Budiman Sdn Bhd.

 Rahil Mahyuddin .    ( 2002 ).    Psikologi   Pendidikan  Untuk   Perguruan.   Shah  Alam                        :Karisma Publications.

Seifert (1983)& Sun, (2007). The Effect of Experimental Manipulation of Student            Motivation on The Situational Representation of Text.         Jurnal of Learning and             Instruction, 17(6), 755-772.

Skinner,B.F.(1958). Teaching Machines. New York: Appleton Century Crofts.

Stone . ( 2007 ).   The Effects of Token Economy System to Improve social and     academic  behavior  with  a  primary  aged  child  with  disabilities.   International                Journal of SpecialEducatuon, 6(2), 15-23

Woody, R.H . (1992). School psychology: A developmental and sosial systems     approach. Boston : Allyn & Bacon.






Sumber internet

mindasolehah.blogspot.com/.../kisah-peminta-sedekah-belanja-makan.ht..
mykamus.com/free/2010/09/token/
http://en.wikipedia.org/wiki/Token_coin
pustaka2.upsi.edu.my/.../Pengaruh%20minat%20dalam%20amalan%20mo
mohdborhanjamaluddin.blogspot.com/.../pengurusan-bilik-darjah-satu-k...












 SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN A                                     
                                     
         
             'TOKENCOP' yang telah disediakan dengan cop-cop yang diperolehi.                                    





      LAMPIRAN B
                                                     

                        

Contoh ganjaran yang diberikan kepada murid-murid yang berjaya mendapatkan semua cop selepas selesai program intensif 'TOKENCOP' ini dilaksanakan.



LAMPIRAN C                            
                               

                      

Murid-murid yang berjaya mendapatkan ganjaran selepas selesai program intensif 'TOKENCOP' ini dilaksanakan.



        LAMPIRAN D                                                                             

                                
                                             
                               

          Hasil kerja murid-murid bersama kad “TOKENCOP” yang telah siap dicop

 

No comments:

Post a Comment