Saturday, 8 October 2016

Bacalah al-Quran

Kata ulama, bacalah al-Quran sebanyak mana kita makan...
Jika kita makan sarapan pagi, tengahari dan malam, maka bacalah juga al-Quran pada waktu pagi, tengahari dan malam.
Makanan yang kita makan adalah untuk jasad yang akan hancur.
Manakala al-Quran yang kita baca adalah untuk roh yang akan terus hidup.
Bersyukurlah dgn perbuatan  dgn lakukan amal soleh.


Tazkirah
Apa-apa yang membuatmu terkilan... Tinggalkanlah di dalam doa. Senyumlah, buat menutup hati yang terluka...
Kadangkala kita lupa bahawa bersangka baik itu juga adalah suatu doa dan sebaliknya juga...
Bilakah kebahagiaan akan diperolehi kalau kita sentiasa memikirkan apa yang belum ada, tapi mengabaikan apa yang sudah kita miliki..
Jadilah peribadi yang selalu bersyukur dengan rahmat dan nikmat yang sudah kita miliki...jr
{Semoga Bermanfaat}

*Renungan*
Setelah Kematian Suami Tanggungjawab Mencari Nafkah Buat Anak-anak Jatuh Kepada Walinya.
Iaitu datuk/pakciknya, bukan si ibu.  Patutlah dari segi pemberian faraid bahagian isteri paling sedikit berbanding yang bakal diterima oleh waris yang lain.
Saya tahu pun setelah kematian ayah 7 tahun yang lepas. Pada ketika itu saya tertanya-tanya, kenapa bahagian isteri paling sedikit sedangkan isterilah yang bakal menanggung keperluan anak-anak kelak. Bahkan rumah dan kereta peninggalan suami boleh dituntut wali jika tidak tersenarai sebagai harta pusaka yang dikhususkan untuk si isteri.
Ramai dari kita tidak tahu kerana belum pernah dengar lagi ada wali yang mencari nafkah buat anak yatim yang masih mempunyai ibu. Inilah amanah Allah yang dilupakan.
Demikianlah besarnya tanggungjawab seorang lelaki... tanggungjawab anda bukan hanya kepada anak isteri sahaja tetapi turut kepada pewalinya..
_*Apabila agama itu diambil separuh separuh, yg memihak padanya diambil yang memberi rugi padanya ditinggal*_...
*(Ustazah Nik Salida Suhaila - al Maraaya, tv alhijrah)*

 Renungan
Apabila engkau melihat keburukan dalam diriku, beritahu aku, bukan beritahu orang lain...
Itu kerana aku yang dituntut untuk merubahnya, bukan orang lain...
Memberitahuku adalah satu pahala dan nasihat. Memberitahu orang lain adalah satu dosa dan mengumpat...
Mengapa setiap kali melihat keburukan seseorang, kita terus membicarakannya kepada orang lain, dan enggan bercakap kepadanya secara langsung ?
Sebab kita lebih mahir bercakap di belakang berbanding bercakap di hadapan....
Jika aku tak berubah, engkau berpahala.
Jika aku berubah, pahalamu berganda...
{Semoga Bermanfaat}

*RENUNGAN*_
Jika kau tidak berbuat sesuatu/melakukan sesuatu kerana
dikhuatiri riak, ujub, dll...itu lah tanda nya riak, kerana buat sesuatu bukan kerana Allah,...syirik.
Jika kau berbuat sesuatu kerana dikhuatiri tidak ikhlas....maka itu lah tandanya tidak ikhlas...
Jgn terjebak dgn mainan halus iblis.....
fahami lah sesuatu... 
Rahsiakan ibadahmu, seperti kau menyembunyikan aib dan dosamu. Jangan kau lena dibuai pujian, kerna Allah Maha Mengetahui akan kekuranganmu...


Tanda Kita Bersyukur
1.Syukur Dengan Hati...
Hati sentiasa ingat Allah     atas segala nikmatnya
2. Syukur Dengan Lidah..
Berzikir memuji Allah swt
3. Syukur Dgn Perbuatan..
Bersedekah dan lakukan amal soleh "Dunia untuk semua, tetapi akhirat (syurga) hanya untuk siapa yang taat kepada Allah sahaja"

No comments:

Post a Comment