Thursday, 11 May 2017

Matikanlah lampu-lampu diwaktu

Dari Jabir Bin Abdullah bahawasanya Rasulullah bersabda:


"Matikanlah lampu-lampu diwaktu malam jika kamu hendak tidur, dan tutuplah pintu-pintu, bekas serta makanan dan minuman kalian. (HR. Bukhari dan Muslim)

Rupanya, cahaya Lampu - seperti juga TV - menyebabkan hormon menjadi sangat lemah. Keadaan malam yang gelap diam-diam bekerjasama dengan tubuh. Hanya dalam keadaan yang benar-benar gelap tubuh menghasilkan melantonin. Sebaliknya, tidur dengan lampu menyala di malam hari - sekecil apapun sinarnya menyebabkan Pengeluaran hormon melantonin terhenti.

Tidur yang berkualiti dalam erti bahawa dalam selang masa selama kita tidur, otak kita benar-benar dalam keadaan berehat. Sinar cahaya saat kita tidur menjadikan kualiti tidur kita kurang baik, ini kerana sinar tersebut masih berperanan sebagai perangsang stimulator kerja otak.

No comments:

Post a Comment