Sunday, 14 May 2017

Tanda Gear auto Rosak.....

Tanda Gear auto Rosak.

1.Gear susah masuk (biasanya untuk gear manual)
2.Pada awal transmisi untuk auto terdapat sentakan yang agak kuat (contoh dari N ke D atau dari P ke D )
3.Terdapat 'freeplay' (ruang pertukaran gear ) yang agak lama samada dari 1 ke 2,2 ke 3 dan 3 ke 4. 4.Kereta berbunyi kuat setiap kali pertukaran gear auto berlaku.
5.Rpm yang jadi tinggi tidak kembali asal setelah gear auto bertukar
6.Berbunyi hentakan seperti 'DUK' setiap kali gear auto bertukar
7.Gear yang bertukar pada keadaan N atau D pada panel meter.

Tanda-tanda seperti di atas adalah tanda-tanda awal slip transmisi (auto slip transmission ) akan berlaku dan jika keadaan ini dibiarkan ia akan ketahap maksima dimana pengguna terpaksa menukar keseluruhan kotak gear yang memungkinkan penambahan kos yang lebih tinggi.

buat  penyelenggaraan seperti berikut :-
1.Bersihkan ruang auto filter dan tukar auto filter
2.Tukar minyak auto
3.Tukar mounting gearbox
4.Tukar pin pada panel gear
5.Tukar kedua-dua oil seal shaft gearbox

Jika masalah pertukaran gear auto masih lagi terjadi walaupun selepas menukar autofilter dan minyak gear seperti lambat bertukar,selalu bertukar ke gear rendah seperti 4 terus ke 1 , bertukar tidak ikut aturan contoh dari 3 terus ke 1 dan tidak bertukar ke gear lebih tinggi seperti dari 3 ke 4 ,ini adalah disebabkan shift solenoid transmission yang tidak berfungsi dengan baik dan perlu diganti,

Solenoid ini biasanya terdapat 4 di 2 kedudukan belainan dan 2 daripadanya adalah untuk fungsi pertukaran gear dan 2 lagi untuk kegunaan torque converter yang dipanggil Transmission pressure solenoid.

Untuk masalah seperti gear slip atau bertukar secara melompat dari 1 ke 3 dan tidak bertukar langsung,ia adalah disebabkan Transmission Pressure solenoid yang rosak.Rosak solenoid ini juga boleh menyebabkan gear panas kerana aliran minyak yang tak sampai ke gerigi gear dan kereta terus berhenti.

No comments:

Post a Comment